awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci

Media Hiburan
Media Hiburan
24/02/2024
05:49 MYT
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Menurut Marine, memutuskan berhijrah adalah momen terindah dan paling menggembirakan dalam hidupnya. -Media Hiburan
MODEL jelita dan bintang realiti televisyen Perancis, Marine El Himer mengumumkan bahawa dia kini telah memeluk agama Islam.
Menurutnya, ketika memutuskan berhijrah adalah momen terindah dan paling menggembirakan dalam hidupnya.
Lebih menakjubkan apabila, dua hari setelah menganuti agama Islam, menerusi laman Instagram miliknya, Marine telah berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat Marine mengambil gambar dirinya sedang menyentuh Kaabah yang merupakan kiblat utama umat Islam di seluruh dunia.
“Insya-Allah, tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan betapa teruja, gembira dan penuh emosinya saya ketika menikmati saat indah ini yang merupakan sebuah perjalanan rohani yang diharapkan akan terus membimbing serta menaikkan semangat saya bergelar umat Islam, insya-Allah,” tulis Marine pada ruangan kapsyen menerusi hantaran itu.
Teliti Sejarah Islam, Sebelum Terima Hidayah!
Memetik laporan media Perancis, Marine yang dibesarkan oleh bapa tirinya, banyak menghabiskan masa untuk meneliti sejarah Islam sebelum tertarik untuk menganutinya kini.
Jelas Marine, keputusan yang diambilnya untuk memeluk agama Islam bukanlah satu perkara baharu.
Malah keputusan yang dilakukannya itu setelah melakukan pelbagai pertimbangan menerusi jiwa raga serta hati nuraninya yang tertarik dengan keindahan Islam.
Para pengikut Marine di laman Instagram meluahkan rasa gembira, bersyukur dan berterima kasih, apabila selebriti kegemaran mereka dan juga pempengaruh media sosial yang mempunyai follower mencecah 1.5 juta itu sudi memeluk Islam.
Untuk rekod, di Perancis, nama Marine mulai melonjak naik dan dikenali ramai menerusi rancangan realiti televisyen yang berjudul “Les Princes et Les Princesses de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta).” -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#Marine El Himer
#Mekah
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan