KEUNIKAN nama adik-beradik Alif Satar menjadi viral selepas pelakon itu memuat naik foto bersama keluarganya dua hari lalu.

Netizen mula menyedari keunikan nama mereka selepas Alif meletakkan tanda nama (tag name) pada wajah masing-masing di Instagram (IG).

Nama yang unik yang dimaksudkan adalah Mim, Ain dan Jim Satar.

Netizen membuat telahan nama yang unik itu diinspirasikan mengikut urutan huruf jawi.

Menerusi IG dan Twitter, netizen menyatakan rasa kagum dengan idea dan pemilihan nama keluarga Satar.

Selain nama, netizen juga memuji kecantikkan tiga adik perempuannya.