awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alif Satar tambah seri, Mira Filzah, Siti Nordiana dominasi AME2020

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/03/2020
10:55 MYT
Alif Satar tambah seri, Mira Filzah, Siti Nordiana dominasi  AME2020
Penonton boleh mula mengundi artis kesayangan mereka bermula hari ini sehingga pukul 12 tengah hari 12 April ini di laman web rasmi AME2020 di www.anugerahmeletopera.com.my - Gambar Astro AWANI/ ASYRAF ROSLAN
Teka-teki siapakah hos yang bakal menemani Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) akhirnya terjawab.
Penyanyi dan pengacara, Alif Satar diumumkan sebagai pengacara ketiga yang akan bersama-sama memeriahkan acara anugerah pilihan penonton tahun ini.
Menurut Alif, awanya, semasa ditawarkan untuk menjadi hos AME2020, dia berfikir panjang juga untuk menerima tawaran tersebut sebelum mengiyakannya.
"Pada mulanya saya berfikir panjang juga sebelum saya katakan ya untuk melakukannya, saya gembira juga sebab dapat buat dengan kawan-kawan dan kedua-duanya pelawak jadi boleh santai-santai sebab sebelum ini selalu dapat show yang agak formal," katanya selepas sidang media AME2020, di sini hari ini.
Alif juga berkongsi cerita dia bersama Nabil dan Jihan yang sudah mula berbincang pendekatan yang akan ditampilkan untuk mencorakkan persembahan malam anugerah tersebut.
"Kami sudah mula bersembang bagaiman untuk menceriakan malam tersebut dan untuk pengetahuan anda kami bertiga akan berkumpul di rumah Nabil untuk sesi berkenaan," katanya.
Ini merupakan kali pertama Alif bergandingan bersama Nabil dan Jihan dalam anugerah berprestij ini.
Dalam masa sama, Alif juga dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Penyanyi Meletop, Couple Meletop dan Fesyen Meletop.
Sebelum ini, Neelofa merupakan antara wajah tetap yang diberi tanggungjawab mengendalikan acara popular itu.
Bagaimanapun, selebriti dan usahawan berjaya itu pada tahun lalu mengumumkan penarikan diri sebagai hos program hiburan mingguan, Meletop serta AME.
Untuk AME edisi kali ini pelakon Mira Filzah dan Siti Nordiana mendominasi pencalon akhir apabila tercalon dalam empat kategori.
Mira tercalon dalam kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.
Manakala Siti Nordiana tercalon dalam kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versetail MeleTOP dan Group/Duo MeleTOP bersama Khai Bahar.
Untuk lagu tema AME2020 tahun ini pula mendapat sentuhan Navin D'Navigator dan dinyanyikan oleh Dina Nadzir, Tuju Klique dan juara Dansa dan Sing, Sofia Liana.
Penonton boleh mula mengundi artis kesayangan mereka bermula hari ini sehingga pukul 12 tengah hari 12 April ini di laman web rasmi AME2020 di www.anugerahmeletopera.com.my.
AME2020 akan berlangsung pada 12 April di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#AME2020
#Jihan Muse
#Mira Filzah
#Nabil Ahmad
#Siti Nordiana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan