awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliff Aziz juara GV8

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2022
15:59 MYT
Aliff Aziz juara GV8
Aliff membawakan lagu Sampai Syurga dan berduet dengan Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova sebelum pula berentap dengan Aweera membawakan lagu Bangun di pusingan Battle. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.
Aliff membawakan lagu Sampai Syurga dan berduet dengan Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova sebelum pula berentap dengan Aweera membawakan lagu Bangun di pusingan Battle.
Nikki Palikat dan Suki Low pula memenangi tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 serta trofi.
Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera menduduki tempat keempat, kelima dan keenam serta masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.
Nabil dan Jihan Muse menjadi pengacara GV8 dengan maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap musim baharu ini ditemani Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk rekod, program GV telah menobatkan barisan artis bergelar juaranya sebelum ini iaitu Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza
#GV8
#Aliff Aziz
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan