TINGGAL beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert akhir All Stars Gegar Vaganza malam ini melabuhkan tirainya.

Seramai lapan bintang bakal berentap untuk merebut gelaran juara All Stars Gegar Vaganza.

Bintang-bintang yang dimaksudkan adalah Naqiu, Liza Hanim, Hady Mirza, Jaclyn Victor, Tomok, Azharina, Nikki Palikat dan Siti Nordiana.

Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.
 
Namun apa yang menjadi perhatian adalah dua nama bintang yang sering menjadi sebutan adalah Naqiu dan juga Hady Mirza.
 
Rata-ratanya mengatakan adakah mereka berdua bakal mengulangi sejarah sebelum ini di mana Naqiu dan Hady dinobatkan sebagai dua juara di GV musim keenam.
 
Bagaimanapun netizen juga tidak menafikan potensi juara yang ada pada Liza Hanim, Jaclyn Victor, Tomok, Azharina, Nikki Palikat dan Siti Nordiana.
 
Masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan vokal mereka yang tersendiri.
 
Siapa pula juara pilihan anda?
 
Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.
 
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
 
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
 
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad depan dan dibawakan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104).
 
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak