BINTANG All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Naqiu mendedahkan mengalami masalah pita suara (vocal cord) kerana tidak menjaganya dengan baik.
 
Bagaimanapun kata Naqiu, dia mula mengambil serius tentang penjagaan pita suara selepas menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh dengan merujuk kepada pakar dan mengambil ubat secara konsisten.
 
“Juri yang paling concern pasal kondisi vokal saya. Suara ni kalau tak control terlalu serak dan parau. Vocal cord saya memang ada 'parut kekal' kerana 12 tahun menyanyi dekat kelab sebelum ini.
 

“Tak pernah jaga dan main lanyak je nak cari duit. Tapi sejak GV6, saya refer kepada pakar dan consistent ambil ubat.
 
“Kali ni ada vocal coach yang bantu sebab saya berusaha untuk sihatkan semula vocal cord yang problem ni. Suara nak pakai lama, nak guna cari rezeki untuk keluarga kan,” kongsinya.



Dalam pada itu, Naqiu juga turut berterima kasih kepada salah seorang juri ASGV kerana sering memberikan komen membina yang boleh membuatkan dirinya memperbaiki corak persembahan dengan baik.
 
“Terima kasih Tok Naz sebab dah tiga minggu bagi komen yang boleh saya belajar dan ambil serius. Selain vocal, Tok Naz dan semua juri acknowledge aspek kreatif lain macam konsep persembahan, idea dan usaha usaha yang cuba saya tunjuk setiap minggu. Alhamdulillah…
 
Perform dua minit setengah je, tapi persediaan tu boleh stress. Music arrangement, props, concept, kareografi, pakaian semualah.
 
“Nasib baik saya ada manager dan team MO yang sangat membantu. Jadi sangat gembira kalau semua usaha kami juri nampak.
 
“Insya-Allah saya akan cuba perbaiki persembahan dan vokal setiap minggu kalau ada rezeki lagi dalam GVX. Korang doakan kesihatan saya baik dan semua plan dipermudahkan,” coretnya.
 
Terdahulu, Naqiu merupakan antara bintang yang konsisten sehingga ketua juri iaitu Datuk Ramli MS menjadikan dirinya sebagai KPI buat para bintang.
 
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
 
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
 
All Stars Gegar Vaganza bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

*Artikel asal yang disiarkan di Gempak