awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All Stars GV: Liza Hanim, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara enam peserta Hot Seat

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
24/09/2023
15:21 MYT
All Stars GV: Liza Hanim, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara enam peserta Hot Seat
Untuk musim kali ini, Gegar Vaganza dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlien atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina. - Gambar Astro AWANI
SHAH ALAM: Teka-teki siapa yang menduduki kerusi Hot Seat All Star Gegar Vaganza (All Stars GV) akhirnya terjawab apabila Zamani, Nikki Palikat dan Suki Low diumumkan sebagai peserta yang berjaya menduduki kerusi tersebut selepas dipilih oleh peminat menerusi undian.
Daripada 23 orang bintang turut terpilih adalah Ezad Lazim dan Tomok yang dilihat akan memberi saingan kepada 10 juara terdahulu untuk merebut gelaran juara musim kali ini.
Tidak berhenti di situ, pihak produksi membuat kejutan dengan memperkenalkan Liza Hanim sebagai peserta keenam All Stars GV.
Pada masa sama, All Stars GV kali ini juga membawa kelainan dengan memperkenalkan tiga orang hos yang akan mengemudi rancangan yang telah berlangsung selama sedekad itu.
Untuk musim kali ini, Gegar Vaganza dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlien atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina.
Kesemua 15 peserta akan diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selama 12 minggu.
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
#All Stars GV
#hot seat
#gelaran juara
#On Demand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan