awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarham Jiman insan berjiwa besar - Amy Search

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
29/01/2024
04:45 MYT
Allahyarham Jiman insan berjiwa besar - Amy Search
Pemergian Jiman, kata Amy, satu kehilangan besar kepada industri hiburan.
KUALA LUMPUR: Seniman Datuk Amy Search benar-benar tergamam sebaik menerima khabar pemergian sahabatnya, Jiman Cabalancas kembali ke rahmahtullah.
Dalam keadaan terpinga-pinga, vokalis kumpulan rock legenda negara itu berharap khabar yang diterima tengah malam tadi hanyalah ‘berita palsu.’
“Saya macam tak percaya Jiman sudah pergi tanpa saya mendengar berita yang Allahyarham sakit.
“Namun, akhirnya saya reda serta memahami ajal maut adalah ketentuan Allah dan berlapang dada menerima pemergian sahabat yang sangat berpekerti mulia dan seorang yang berjiwa besar,” kata Amy atau nama sebenarnya Suhami Abdul Rahman kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Allahyarham Jiman bukan nama asing dalam dunia hiburan tanah air.
Lulusan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu merupakan seorang perunding imej, penasihat perhubungan awam dan undang-undang kepada ramai selebriti tanah air.
Justeru, pemergian Jiman, kata Amy, satu kehilangan besar kepada industri hiburan.
“Saya banyak terhutang budi dengan Allahyarham. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan khidmat nasihat. Perkenalan yang sudah lama terjalin antara kami bukan seperti rakan seperjuangan, tapi sudah seperti keluarga sendiri,” ujar Amy yang hadir memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Jiman dengan menghadiri upacara pengebumian sahabatnya itu.
Jiman atau nama sebenarnya, Muhammad Nizam Khamis menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun, malam tadi.
Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu, Jalan Ipoh, di sini, sekitar pukul 10 pagi tadi akibat kegagalan jantung.
Jiman antara individu yang kerap menghiasi pentas fesyen tempatan dan terkenal dengan gaya estetik punk dan avant-garde.
Untuk rekod, Allahyarham merupakan Pengarah Komunikasi Tarik Jeans, Ketua Pengarang kandungan berita digital Common Affairs serta pengasas JCPR.
Sebagai penasihat perhubungan awam, Jiman pernah berkolaborasi dengan pelbagai jenama fesyen tempatan antaranya Zakwan Anuar, Pearly Wong, Fern Chua, Nusantara Denims dan banyak lagi.
Malah, Jiman pernah tersenarai antara 100 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia oleh GetCraft.
Topic Berkaitan
#Jiman Cabalancas
#Jiman Cabalancas meninggal dunia
#Amy Search
#perunding imej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan