awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran pada ibu bapa: 'Momo Challenge' galak kanak-kanak bunuh diri?

Gempak
Gempak
06/08/2018
10:59 MYT
Amaran pada ibu bapa: 'Momo Challenge' galak kanak-kanak bunuh diri?
Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri. - Gambar Astro GEMPAK
SELEPAS 'Keke Challenge', satu cabaran baru telah mula popular di kalangan kanak-kanak iaitu 'Momo Challenge'.
Namun pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung cabaran baharu itu kerana menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.
Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar 'Momo'.
Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.
Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.
Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.
Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge.
Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku. - Sumber: Daily Mail
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Daily Mail
#Facebook
#imej ganas
#keganasan
#Keke Challenge
#mangsa
#media sosial
#Momo Challenge
#viral
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan