awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Anak saya tiada akaun IG' - Nedim Nazri dedah akaun palsu

Gempak
Gempak
23/02/2018
10:29 MYT
'Anak saya tiada akaun IG' - Nedim Nazri dedah akaun palsu
Nedim Aziz dan Nora Danish bersama putera mereka, 'Ney Ney' yang dilahirkan pada Feb 23. - Instagram/@boss_ned
SUAMI aktres Nora Danish, Nedim Nazri mendedahkan akaun palsu Instagram (IG) yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk anaknya, Mohamed Neqayl Nedim yang baru dilahirkan semalam.
Menurut Nedim menerusi InstaStory miliknya, anaknya bersama Nora Danish itu tiada sebarang akaun IG atau laman sosial.
"Salam semua, terima kasih untuk doa kalian.
"Alhamdulilah Ney Ney (Neqayl) sihat dan sempurna.
"Cuma nak beritahu anak saya tiada akaun IG atau laman sosial.
"Terima kasih dan kami sayang kamu semua," tulisnya.
Menerusi IG story berikutnya Nedim mendedahkan akaun palsu yang diwujudkan.
Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 9.05 pagi semalam di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Bayi lelaki seberat 2.98 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan.
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9 tahun.
Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
Teks oleh: Syafiqah Jalal Foto: Instagram @boss_ned
Topic Berkaitan
#Instagram
#Nazri Aziz
#bayi
#perkahwinan
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan