KUALA LUMPUR: Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun dan akan mula ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu mulai 19 Jan ini.
Filem tersebut yang merupakan animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, telah mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata tayangan perdana telah diadakan di sebuah pawagam di Tokyo semalam yang dihadiri barisan pelakon suara, media, peminat dari Jepun dan rakan strategik MONSTA.
Beliau berkata rata-rata penonton memberi reaksi yang positif dan lebih membanggakan penggiat animasi di sana turut memuji hasil kualiti filem Mechamato Movie.
"Kami menerima banyak reaksi yang mengujakan daripada penonton pada tayangan perdana di Jepun ini. Mereka tidak sangka Malaysia mampu menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa dengan jalan cerita yang mampu 'melekatkan' anak-anak mereka di kerusi selama 116 minit.
"Kami juga akan membawa masuk versi alih suara Jepun ini ke Malaysia kerana kami yakin peminat Mechamato pasti tidak mahu terlepas peluang menonton versi ini pula," katanya semasa acara Tayangan Perdana Mechamato Movie di AEON Chofu, Tokyo semalam.
Menurut Nizam MONSTA menerima nasihat dan bantuan rakan strategik di Jepun untuk mendapatkan pelakon suara atau 'seiyuu' yang terkenal bagi Mechamato Movie seperti Ayumu Murase sebagai Amato, Yoshitsugu Matsuoka sebagai MechaBot dan Kenjiro Tsuda sebagai Jeneral Grakakus.
"Kami dapati gaya pemasaran di Jepun amat berbeza. Pelakon suara mereka mempunyai barisan peminat dan daya tarikan tersendiri. Kami harap usaha ini dapat menarik minat warga Jepun untuk menonton filem kebanggaan Malaysia ini dan berkongsi pengalaman mereka pula," katanya.
Malah, lagu tema Mechamato Movie yang berjudul 'Temaniku' nyanyian artis tempatan Yonnyboii turut dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun oleh penyanyi RUKA dari Jepun dan diberikan tajuk 'Tomodachi', bersesuaian dengan pemasaran di luar Malaysia.
Sebelum ini, siri Mechamato musim pertama dan kedua merupakan karya pertama dari Malaysia yang berjaya ditayangkan di televisyen nasional Jepun menerusi saluran TOKYO MX.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Filem tersebut yang merupakan animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, telah mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022. - Gambar Instagram Mechamato
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
AWANI Tonight: 30 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
Negara Islam utamakan keuntungan ganggu usaha boikot - BDS Malaysia
Negara-negara Islam yang mengutamakan keuntungan ekonomi domestik menjadi punca usaha boikot terhadap ekonomi Israel sukar mencapai objektifnya.
Boikot hanya sehingga syarikat hentikan sumbangan kepada Israel - Pensyarah UIAM
Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.
AWANI 7:45 [30/05/2024] - Google labur RM9.4 bilion | Haluan salah sebab nahas | Beli buku yang disarankan
- Google labur 9.4 bilion di Malaysia, wujud 26,000 pekerjaan
- Kesilapan haluan punca utama tragedi helikopter TLDM
- Baucar buku RM100 diteruskan, tetapi ada garis panduan
- India panas melampau, rekod suhu lebih 50 darjah celsius
- Kesilapan haluan punca utama tragedi helikopter TLDM
- Baucar buku RM100 diteruskan, tetapi ada garis panduan
- India panas melampau, rekod suhu lebih 50 darjah celsius
Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045
Yoon mengumumkan bahawa Korea Selatan akan berusaha merealisasikan projek angkasa lepas untuk menghantar kenderaan penerokaan angkasa lepas ke bulan menjelang 2032.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi sedikit ketika pasaran menunggu data inflasi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan laporan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) untuk April.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi serantau
Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil ketika mengakhiri dagangan Khamis, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lemah menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Animasi tempatan Mechamato Movie tembusi layar perak Jepun
Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun.
Rakyat diharap terus beri sokongan kepada industri filem tempatan - Fahmi
Beliau berkata Mechamato Movie merupakan antara filem animasi yang mampu mencuit setiap hati penonton.
Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari
Mechamato Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.