awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari

Gempak
Gempak
11/12/2022
09:16 MYT
Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari
Ketua Pengarah MONSTA, Nizam Abd Razak melafazkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah dan bakal menonton Mechamato Movie di pawagam.-- Gempak
“BANGGA ada karya sebegini di Malaysia.”
Demikian kata-kata salah seorang penonton, Badrul Sani yang sudah menyaksikan filem animasi paling dinanti-nanti tahun 2022, Mechamato Movie.
Malah Badrul turut memuji hasil kualiti filem animasi tersebut yang dihasilkan oleh anak Malaysia yang mampu mempersembahkan sebuah filem berkualiti bertaraf antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Pengarah MONSTA, Nizam Abd Razak melafazkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah dan bakal menonton Mechamato Movie di pawagam.
"Sejujurnya, kami tidak menyangka sambutan sebegini hebat kerana Mechamato adalah jenama terbaru dari MONSTA, berbeza dengan BoBoiBoy yang sudah menjadi ikon negara.
"Baru setahun Mechamato Series ditayangkan di Cartoon Network dan dua bulan ditayangkan di Netflix, tetapi sambutan #MechamatoMovie memang memberangsangkan.
“Demam Mechamato memang betul-betul dapat dirasai. Dengar kata ada yang siap bersilat selepas keluar panggung," ujarnya.
Dalam pada itu, Nizam turut berharap para penonton dapat tentang menyampaikan filem ini kepada sahabat, keluarga dan yang lain.
Filem Mechamato Movie juga bakal dibawa ke negara luar dan ke peringkat antarabangsa pada tahun 2023 depan.
Satu lagi berita gembira apabila filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan. Tahniah Mechamato!
View this post on Instagram
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)
-- Gempak
Topic Berkaitan
#Mechamato Movie
#kutipan RM5 juta
#filem animasi
#MONSTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan