PELAKON yang memegang watak heroin dalam drama bersiri menjadi penggerak dan nadi utama untuk sesebuah naskah.

Perkembangan watak seorang heroin dalam melakonkan sesebuah karakter juga menjadi sebab sebuah drama bersiri mendapat perhatian orang ramai.

Bersempena Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini, Astro Gempak mengimbas semua calon akhir bagi kategori Heroin Throwbaek:

Fasha Sandha

Watak yang dibawakan oleh Fasha Sandha dalam drama bersiri Lara Aishah nyata masih melekat dalam kepala penonton.

Drama yang turut menampilkan Nazim Othman dan Dian P. Ramlee itu menjadi fenomena penonton drama bersiri yang tak sabar menantikan kesudahannya.

Neelofa

Setelah sekian lama tidak muncul dalam mana-mana telefilem dan drama bersiri, kehadiran Neelofa dalam membawakan watak Warda Erina meninggalkan kesan di hati peminat. Gandingan Fattah Amin dan Neelofa menjadi bualan hangat semenjak episod pertama, Suri Hari Mr. Pilot disiarkan.

KLIK DI SINI - VIDEO: Tonton Episod Penuh Drama Bersiri SURI HATI MR PILOT

Ayda Jebat


Kenakalan Ayda Jebat nyata menjadi dalam drama bersiri, Awak Sangat Nakal. Membawakan watak sebagai Erine Johanna, Ayda memikat penonton bersiri ini dengan kelincahan dan kelucuan wataknya. Menerusi drama bersiri ini, Ayda bergandingan bersama Sharnaaz Ahmad.

Siti Nordiana

Sekian lama tidak muncul dalam persada lakonan, Siti Nordiana kembali memukau menerusi karakter Hani Safira. Drama bersiri Dia Semanis Honey ini berjaya melonjakkan nama Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai pasangan serasi dalam skrin.

Amyra Rosli

Karakter Seroja Irdina, gadis remaja aktif yang mencuri hati milik Tuan Ihsan memberi tuah kepada Amyra Rosli. Ramai penonton yang gemarkan karakter Amyra dalam drama bersiri ini dan tidak menyangka Amyra berjaya membawakan watak remaja ‘gedik’.

Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini di Hotel Primiera, Kuala Lumpur.

Keseluruhan kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak sebelas buah kategori. Lapan kategori adalah berdasarkan 50 peratus undian online dan 50% penilaian juri Astro.

Kategori tersebut ialah Kapel Throwbaek, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST Throwbaek, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.

Manakala tiga buah kategori lagi adalah 100 peratus pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama Throwbaek, Fan Club Throwbaek dan Pelakon Paling Gigih.

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka secara online menerusi akaun Instagram H Live (@officialhlive) bermula 24 Mac sehingga 30 Mac, 2017.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan pada Malam Throwbaek Drama kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Hadirkan diri ke Karnival Throwbaek Drama yang sedang berlangsung di Nu Sentral sehingga 26 Mac ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda! Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan #KarnivalThrowbaekDrama!

Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi screening, sesi pencarian wajah baru drama serta sesi meet and greetbersama artis terkemuka turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama.

Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.