awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anthrax tangguh konsert sulung di Kuala Lumpur, tarikh baharu diumum 18 Mac

Soffian Zainuddin
Soffian Zainuddin
04/03/2020
10:26 MYT
Anthrax tangguh konsert sulung di Kuala Lumpur, tarikh baharu diumum 18 Mac
Konsert Anthrax 'Live in Kuala Lumpur' bulan depan ditangguh susulan penularan jangkitan COVID-19.
KONSERT Anthrax 'Live in Kuala Lumpur' yang dijadual diadakan bulan depan ditangguh susulan kebimbangan akibat penularan jangkitan COVID-19 di rantau ini.
Penganjur konsert dalam satu kenyataan berkata langkah itu terpaksa diambil dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert tersebut.
Pengumuman penangguhan konsert oleh penganjur.
Pengumuman penangguhan konsert oleh penganjur.
Menurut penganjur lagi, tiket yang telah dibeli masih sah digunakan pada tarikh baharu yang bakal diumum 18 Mac ini.
Anthrax merupakan antara ikon ‘Big Four’ band thrash metal di samping Metallica, Megadeth dan Slayer.
Kumpulan itu dianggotai vokalis Joey Belladonna, pemain bass Frank Bello, pemain dram Charlie Benante, gitaris utama Jonathan Donais, dan gitaris irama Scott Ian.
Band heavy metal itu yang dalam kembara ke seluruh dunia dijangka tiba di Malaysia untuk bertemu peminat buat julung kalinya pada 4 April ini sempena ulang tahun ke-30 album "Among the Living".
BACA: Anthrax bakal tampil dalam konsert julung kali di tanah air tahun depan
"Among the Living" merupakan album studio ketiga band thrash metal Amerika ini.
Ia diterbitkan pada 22 Mac 1987 oleh Megaforce Worldwide/Island dan berjaya meraih anugerah emas daripada RIAA pada 31 Julai 1990.
Topic Berkaitan
#Anthrax
#Charlie Benante
#COVID-19
#Frank Bello
#Joey Belladonna
#Jonathan Donais
#Scott Ian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan