Pelakon yang pernah mencipta nama bersama drama bersiri Glee, Darren Criss berjaya memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik menerusi filem lakonannya The Assassination of Gianni Versace, sempena Anugerah Emmy Awards yang ke-70 di Microsoft Theater.
Darren berjaya mengetepikan beberapa nama besar dalam industri lakonan bagi kategori tersebut, antaranya Benedict Cumberbatch, Jeff Daniels, John Legend dan Jesse Plemons.
The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story juga berjaya membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik melalui Episod The Man Who Would Be Vogue yang diarahkan oleh Ryan Murphy.
Sementara itu, drama bersiri terbitan HBO, Game of Thrones berjaya membawa pulang dua trofi melalui anugerah Drama Terbaik dan juga kategori Pelakon Lelaki Tambahan terbaik yang dimenangi oleh Peter Dinklage.
Manakala Sandra Oh mencipta sejarah apabila menjadi pelakon wanita Asia pertama yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Drama Wanita Terbaik menerusi drama Killing Eve tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila Claire Foy memenangi kategori tersebut menerusi drama The Crown.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang Anugerah Emmy ke-70:
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik - Bill Hader (“Barry”)
Pelakon Komedi Wanita Terbaik - Rachel Brosnahan (“The Marvelous Mrs. Maisel”)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Henry Winkler (“Barry”)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Alex Borstein (“The Marvelous Mrs. Maisel”)
Pengarah Komedi Terbaik - Amy Sherman-Palladino (“The Marvelous Mrs. Maisel” (Episode: “Pilot”)
Skrip Komedi Terbaik - Amy Sherman-Palladino (“The Marvelous Mrs. Maisel” (Episode: “Pilot”)
Pelakon Drama Lelaki Terbaik - Matthew Rhys (“The Americans”)
Pelakon Drama Wanita Terbaik - Claire Foy (“The Crown”)
Pelakon Pembantu Drama Lelaki Terbaik - Peter Dinklage (“Game of Thrones”)
Pelakon Pembantu Drama Wanita Terbaik - Thandie Newton (“Westworld”)
Pengarah Drama Terbaik - Stephen Daldry (“The Crown” - Episode: “Paterfamilias”)
Skrip Drama Terbaik - Joel Fields dan Joe Weisberg (“The Americans” (Episode: “START”)
Pelakon Filem/Mini Lelaki Terbaik - Darren Criss (“The Assassination of Gianni Versace”)
Pelakon Filem/Mini Wanita Terbaik – Regina King (“Seven Seconds”)
Pelakon Pembantu Filem/Mini Lelaki Terbaik - Jeff Daniels (“Godless”)
Pelakon Pembantu Filem/Mini Wanita Terbaik - Merritt Wever (“Godless”)
Pengarah Filem/Mini Terbaik - Ryan Murphy (“The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story” (Episode: “The Man Who Would Be Vogue”)
Skrip Filem/Mini Terbaik - William Bridges dan Charlie Brooker (“Black Mirror: USS Callister”)
Program Realiti Terbaik - “RuPaul’s Drag Race”
Rancangan Sketsa Variasi Terbaik - “Saturday Night Live”
Pengarah Rancangan Variasi Terbaik - Glenn Weiss (“The Oscars)
Penulisan Rancangan Variasi Terbaik - John Mulaney (“John Mulaney: Kid Gorgeous at Radio City)
Agensi
Tue Sep 18 2018
Darren Chris berjaya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam karya Ryan Murphy. - AP
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Anugerah Emmy: Darren Criss aktor filem terbaik, Sandra Oh cipta sejarah
Pelakon yang pernah mencipta nama bersama drama bersiri 'Glee', itu berjaya memenangi anugerah itu menerusi lakonannya dalam 'The Assassination of Gianni Versace'.