LONDON: Anugerah muzik berprestij, MTV EMA 2023 yang bakal berlangsung di Paris pada bulan depan dibatalkan.
Penganjur anugerah berkata, pembatalan itu bertujuan menghormati situasi semasa perang yang berlaku antara Gaza dan Israel.
Ujar MTV dalam satu kenyataan, ketidaktentuan situasi tersebut menyebabkan perayaan muzik di anugerah itu bukanlah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
Katannya lagi, perang di Gaza dan Israel telah menyebabkan ribuan nyawa terkoban termasuk wanita dan kanak-kanak dan ketika ini merupakan waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku.
Bagaimanapun, penganjuran semula anugerah tersebut dijadualkan berlangsung pada November 2024.
Anugerah MTV EMA 2023 menampilkan barisan artis antarabangsa yang tercalon dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun.
Antara calon kategori utama termasuklah, Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Bad Bunny dan Foo Fighters.
Swift telah mendahului pencalonan tahun ini dengan tujuh pencalonan, termasuk bagi kategori artis terbaik, lagu terbaik dan video terbaik untuk lagu hitnya "Anti-Hero."
Calon lain termasuk Jung Kook, ahli bintang K-Pop BTS yang juga akan membuat persembahan di acara itu.
Astro Awani
Thu Oct 19 2023
Anugerah MTV EMA 2022 yang diadakan di Dusseldorf, Jerman bersama hos Taika Waititi (kiri) dan Rita Ora. - Foto AP
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
Seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu PRK Kuala Kubu Baharu esok.
Pecah rekod tanpa kalah, Leverkusen mara ke final Liga Europa
Setelah memenangi perlawanan pertama minggu lalu 2-0 di Itali, Leverkusen menjadi pilihan untuk mara ke final di Dublin.
Hidup sebagai perempuan selama 27 tahun, rupa-rupanya...
Li Yuan terkejut selepas mendapati terdapat testikel pada abdomennya yang bermaksud secara biologi dia adalah seorang lelaki.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Beza realiti dan retorik politik
KEMPEN Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu (PRK KKB) kini sudah menghampiri penamatnya.
AWANI Pagi: Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Ikuti AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry, langsung dari World Trade Centre, Kuala Lumpur, sempena pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus.
Diskusi bersama Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
#AWANInews #AWANIPagi
Diskusi bersama Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
#AWANInews #AWANIPagi
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
AWANI Pagi: Malaysia Artificial Intelligence Nexus
Ikuti AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry, siaran langsung dari World Trade Centre, Kuala Lumpur, sempena pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus.
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Anugerah MTV dibatalkan, hormati perang Palestin-Israel
Pembatalan itu bertujuan menghormati situasi semasa perang yang berlaku antara Gaza dan Israel.