awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Oscars: The Power of the Dog, Dune dan West Side Story dominasi pencalonan

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2022
16:12 MYT
Anugerah Oscars: The Power of the Dog, Dune dan West Side Story dominasi pencalonan
The Power of the Dog mendominasi pencalonan Anugerah Akademi tahunan ke-94 apabila meraih 12 pencalonan, Dune dengan 10 pencalonan dan West Side Story dengan 7 pencalonan.
THE Power of the Dog mendominasi pencalonan Anugerah Akademi ke-94 dengan meraih 12 pencalonan.
Dune, filem epik sains fiksyen yang dibintangi oleh Timothée Chalamet, memperoleh 10 pencalonan, manakala Belfast dan West Side Story mendapat tujuh pencalonan.
Calon Filem Terbaik tahun ini ialah Belfast, CODA, Don't Look Up, Drive My Car, Dune, King Richard, Licorice Pizza, Nightmare Alley, The Power of the Dog dan West Side Story.
Pengarah The Power of the Dog, Jane Campion, yang pernah tercalon menerusi filem The Piano pada 1993, menjadi wanita pertama yang pernah dicalonkan dua kali untuk Pengarah Terbaik.
Selain Campion, turut tercalon ialah Steven Spielberg (West Side Story), Kenneth Branagh (Belfast), Ryusuke Hamaguchi (Drive My Car) dan Paul Thomas Anderson (Licorice Pizza).
Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, lima calon akhir ialah Jessica Chastain (The Eyes of Tammy Faye), Olivia Colman (The Lost Daughter), Penélope Cruz (Parallel Mothers), Nicole Kidman (Being the Ricardos), dan Kristen Stewart (Spencer).
Manakala bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, lima calonnya terdiri daripada Javier Bardem (Being the Ricardos), Benedict Cumberbatch (The Power of the Dog), Andrew Garfield (tick, tick...BOOM!), Will Smith (King Richard) dan Denzel Washington (The Tragedy of Macbeth).
Kategori Filem Asing Terbaik pula menyaksikan persaingan Drive My Car (Jepun), Flee (Denmark), The Hand of God (Itali), Lunana: A Yak in the Classroom (Bhutan) dan The Worst Person in the World (Norway).
Beyonce dan Billie Eilish pula mencatat sejarah peribadi dengan pencalonan pertama di Akademi, dalam kategori Lagu Asal Terbaik, masing-masing menerusi Be Alive (King Richard) dan No Time to Die (No Time To Die).
Anugerah Akademi ke 94 akan berlangsung pada 27 Mac di Dolby Theatre, Los Angeles.
Topic Berkaitan
#Anugerah Akademi
#filem
#Hollywood
#The Power of the Dog
#Dune
#West Side Story
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan