awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Seni BOH Cameronian bakar semangat penggiat seni

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
22/04/2019
07:55 MYT
Anugerah Seni BOH Cameronian bakar semangat penggiat seni
OlaBola The Musical dan The Edge antara karya yang dipertandingkan. - Enfiniti/theatrethreesixty
Anugerah Seni BOH Cameronian (BCAA) kembali tahun ini untuk edisi ke-16.
Sebanyak 32 kategori dipertandingkan tahun ini, dengan produksi OlaBola The Musical menerima pencalonan terbanyak iaitu 10 pencalonan.
Turut menerima pencalonan ialah Madama Butterfly, The Edge, IQ.Rock, dan banyak lagi.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Rekaan Set Terbaik, Kostum dan Solekan Terbaik, Pelakon Terbaik dan banyak lagi.
Anugerah yang menjadi platform pengiktirafan untuk penggiat seni persembahan tempatan ini dilihat sebagai motivasi terbesar buat mereka yang tercalon.
"Apabila melihat karya saya tercalon dalam kategori Rekaan Set Terbaik, saya ketawa kerana set pentas yang kami gunakan bukanlah set yang mahal.
"Tetapi itulah istimewa penggiat seni. Kami mempunyai kebolehan untuk duduk dan memikirkan cara terbaik untuk merealisasikan satu idea, walaupun dengan adanya kekangan tertentu.
"Dan apabila tercalon, ia satu penghormatan yang sangat besar. Saya harus akui, ia merubah cara saya melihat seni persembahan, dan lebih menghargai mereka-mereka yang bekerja dengan saya," kata Christopher Ling, pengarah pementasan muzikal The Edge.
Bagi pereka kostum OlaBola The Musical, Zaharah Nakibullah, apa yang dibanggakan bukan sahaja tercalon dalam anugerah itu, tetapi terbabit dalam sebuah pementasan yang memaparkan sejarah yang menjadi kebanggaan negara.
"Memang bukan satu tugas yang mudah kerana ketelitian sangat penting. Saya perlu memastikan setiap aspek pemakaian dan solekan menggambarkan era 1976 hingga 1980.
"Bukan itu sahaja, jumlah kostum yang perlu disiapkan juga banyak kerana ini sebuah pementasan yang besar dengan pembabitan pelakon yang ramai.
"Saya puji usaha BOH dan Kakiseni yang konsisten dengan penganjuran anugerah ini kerana tercalon sahaja sudah menjadi pembakar semangat," ujar Zaharah.
Malam kemuncak Anugerah Seni BOH Cameronian ke 16 akan berlangsung di Pavilion Hotel, 28 April ini, dengan tema Mulanya Di Sini.
Ingin menyaksikan malam kemuncak BCAA secara langsung? Klik pautan Instagram Astro AWANI di bawah untuk mengetahui caranya!
View this post on Instagram
Anugerah Seni BOH Cameronian (BCAA) kembali untuk edisi ke 16. Sebanyak 32 kategori dipertandingkan tahun ini, dengan produksi OlaBola The Musical menerima pencalonan terbanyak iaitu 10 pencalonan. Anugerah anjuran BOH Plantations dan Kakiseni ini akan turut menyaksikan persaingan Madama Butterfly, The Edge, IQ.Rock, dan banyak lagi. Malam kemuncak Anugerah Seni BOH Cameronian ke 16 akan berlangsung di Pavilion Hotel, 28 April jam 8.30 malam, dengan tema Mulanya Di Sini. Ingin menyaksikan malam kemuncak BCAA secara langsung? Jawab soalan di bawah dan menangi sepasang tiket ke malam anugerah nanti. Sepasang tiket menanti anda, siapa cepat dia dapat! Soalan: 1. Ceritakan pengalaman pertama kali anda di atas pentas atau menyaksikan persembahan pentas. Komen jawapan anda dengan hashtag #16BCAA. Repost video ini beserta jawapan, dan pemenang akan dihubungi melalui DM. Selamat berjaya! #16BCAA
A post shared by AstroAwani (@501awani) on
Apr 21, 2019 at 11:00pm PDT
Topic Berkaitan
#Anugerah Seni Boh Cameronian
#BCAA
#IQ Rock
#Madama Butterfly
#olabola the musical
#seni persembahan
#the edge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan