HUBUNGAN pelakon Emma Maembong dengan Kamal Adli bukan lagi rahsia, malah masing-masing telah mengakui mereka kini rapat dan sedang bersahabat baik.
Namun, sejauh mana keakraban mereka? Atau hubungan mereka sebenarnya hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?
Ingin melihat sendiri realiti hubungan mereka?
Menerusi program realiti digital bersiri The House episod 4 yang akan bersiaran esok, penonton boleh menilai sendiri hubungan mereka apabila Kamal Adli hadir ke banglo khas yang menempatkan Emma bersama 2 adik beradiknya yang lain iaitu Chacha dan Yaya.
Dengarnya kunjungan Kamal Adli dibuat secara mengejut dan pada episod ini juga, Emma turut menerima lawatan daripada seorang rakan wanitanya.
Mereka kemudian keluar bersama melakukan satu aktiviti beramai-ramai.
Sementara itu, untuk espiod kali ini anda akan melihat tiga beradik ini memulakan pagi mereka dengan permainan ‘Dance Matte’ selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh Yaya.
Trio adik beradik ini kemudian diberi reward untuk berhibur pusat karaoke. Masing-masing tidak mahu kalah dan menunjukkan bakat nyanyian mereka.
Apakah lagu pilihan mereka? Suara siapa yang paling merdu? Saksikan The House epsiod 4 yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau The House atau klik pautan ini.
Program realiti ini bersiaran pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.
Gempak
Tue Nov 17 2015

Menerusi program realiti digital bersiri The House episod 4 yang akan bersiaran esok, penonton boleh menilai sendiri hubungan mereka. - Foto Astro Gempak

COVID-19 | Risiko tinggi jika dijangkiti COVID-19
Dianggarkan lebih sejuta penduduk Malaysia menghidap penyakit jarang jumpa. Penasihat Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (MRDS), Dr Thong Meow Keong mendedahkan lebih membimbangkan apabila pesakit berkenaan berdepan risiko lebih tinggi, sekiranya dijangkiti COVID-19. Ini kerana, kebanyakan penyakit ini sukar untuk dikenalpasti memandangkan ia tidak mempunyai ciri khas seperti penyakit kronik lain.

Prihatin Rakyat | BPN ringankan kesukaran hidup
Walaupun berdepan detik sukar ketika penularan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi, namun kerajaan masih meneruskan keprihatinan bagi kebajikan rakyat. Prihatin dengan nasib yang ditimpa, pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) disediakan bertujuan meringankan beban rakyat. Pada 27 Mac lalu kerajaan melancarkan BPN, sebanyak RM9.24 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Perniagaan | Laksana program subsidi upah bersasar
Program Subsidi Upah (PSU) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam meringankan beban majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 boleh ditambah baik. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berpandangan kerajaan perlu melaksanakan subsidi upah secara bersasar khususnya kepada sektor yang terjejas teruk.

Vaksin COVID-19 | 'VVIP' masuk senarai, lapor terus kepada saya - KJ
Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Malah, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata wakil rakyat juga disaran mengambil vaksin secara berperingkat.

KPT dalam usaha tambah baik PdP IPT
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman berkata usaha menambah baik PdP akan membabitkan beberapa aspek tertentu termasuk kaedah sistem itu dijalankan.

Dua warga emas korban terbaharu COVID-19 di Sarawak
Selain itu, lapor JPBN Sarawak, 171 kes positif COVID-19 baharu dicatatkan pada hari ini.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 28 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 28 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

MB Kedah terima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di Kedah menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Program Suntikan COVID-19.

Apa Kamal Adli buat di banglo Emma Maembong?
Hubungan pelakon Emma Maembong dengan Kamal Adli bukan lagi rahsia, malah masing-masing telah mengakui mereka kini rapat dan sedang bersahabat baik.