PELAKON, pengacara dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor menyifatkan individu yang bekerja di belakang tabir dalam penghasilan sesebuah filem memainkan peranan yang sangat penting.
Menurut Rosyam, mereka mampu mencorakkan pelakon dan menjadikan lakonan seseorang pelakon itu menjadi lebih hebat.
BACA: 'Jangan jatuhkan perniagaan orang' - Rosyam Nor
"Bagi saya, individu yang berada di belakang tabir dalam sesebuah filem itu memainkan peranan yang paling penting.
"Mereka mampu membuat pelakon menjadi lebih hebat kerana mereka sendiri menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi," jelas Rosyam.
BACA: Misteri Dilaila: Filem yang sarat dengan 'plot twist'
Dalam pada itu, Rosyam turut memuji hasil kerja pengarah muda Syafiq Yusof yang mengarah filem lakonan terbarunya iatu Misteri Dilaila.
"Saya tahu Syafiq memang menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, jadi ketika saya ditawarkan untuk berlakon dalam Misteri Dilaila, tanpa melihat skrip terlebih dahulu, saya tidak teragak-agak dan terus menerima tawaran itu kerana percaya pada hasil kerjanya," tambahnya lagi kepada Gempak.
BACA: Misteri Dilaila pungut RM4 juta selepas lima hari tayangan
Misteri Dilaila kini sedang ditayangkan di pawagam sejak 21 Februari lalu dan telah mendapat kutipan sebanyak RM 4 juta selepas lima hari ditayangkan.
Misteri Dilalila menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahari sebagai watak utama sementara Rosyam memegang watak sebagai seorang polis yang bernama Inspektor Azman.
BACA: Rupa-rupanya Misteri Dilaila ada dua kesudahan
Gempak
Wed Feb 27 2019
ROSYAM: Mereka yang di belakang tabir mampu membuat pelakon menjadi lebih hebat kerana mereka sendiri menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. - Astro GEMPAK
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari
Pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.
KKM hasil dokumentari mengenai usaha merdekakan negara daripada COVID-19
Video berdurasi 10.46 minit di Twitter rasmi Dr Noor Hisham memaparkan wajah-wajah wira yang bertungkus-lumus menjalankan kerja belakang tabir ketika negara berperang menentang COVID-19.
Petugas CPRC adalah pekerja belakang tabir yang perlu dihargai - KP Kesihatan
Sejak pandemik COVID-19, masyarakat mula mengenali peranan penting yang dimainkan oleh CPRC khususnya dan Kesihatan Awam secara amnya.
Apa yang penting adalah siapa di belakang tabir - Rosyam Nor
Yesss...
Wanita Sarawak ada cara halus pikat pengundi luar bandar - Jamilah Anu
Penglibatan dan peranan golongan wanita di Sarawak kini sukar untuk disangkal selain diterima baik dalam arena politik.