awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apabila Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil AR Rahman

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
05/08/2015
00:04 MYT
Apabila Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil AR Rahman
Penyanyi tersohor tempatan, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini mengejutkan peminatnya selepas memuat naik video beliau merakam suara untuk sebuah lagu tamil. - Foto Instagram
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini mengejutkan peminatnya selepas memuat naik video beliau merakamkan suara untuk sebuah lagu tamil karya komposer AR Rahman yang merupakan salah seorang seniman terkenal dalam industri hiburan di India serta Hollywood.
Dalam beberapa video yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Siti dilihat membuat latihan serta menyanyi beberapa lirik lagu karya AR Rahman, bertajuk “Nenje Ezhu”.
“Saya sedang berlatih sebutan Bahasa Tamil dan ini adalah satu cabaran baru buat saya,” kata Siti melalui laman Instagram rasminya.
“Ia adalah satu penghormatan buat saya menyanyikan lagu AR Rahman untuk International Superstars di Malaysia,” sambung Siti.
BACA: Industri berkubur: Reaksi Siti Nurhaliza terhadap kenyataan Sheila Majid
BACA: Romantika cungkil kisah romantis Datuk Siti dan Datuk K
BACA: Datuk Siti Nurhaliza dan sepotong ayat Al-Quran memohon jauhi dari fitnah dan dusta
Sejurus selepas video itu dimuat naik, ramai memuji usaha beliau menghafal and menyanyikan lagu berbahasa Tamil.
Memetik laporan Astro Ulagam, Siti merakam suaranya untuk tujuan promosi bagi acara kemuncak International Superstar 2015 yang merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India, yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2015.
cabaran baru buat saya...saya suka
berjaya jugak...istimewa jugak buat peminat saya @a_diarshini
Ia merupakan anjuran pertama pihak Astro yang bersifat antarabangsa dan pertandingan itu menampilkan wakil dari 5 negara; Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.
Bersama Siti, artis Malaysia yang lain juga akan membuat penampilan mereka.
Topic Berkaitan
#Instagram
#lagu tamil
#nyanyi
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan