APPLE akan mengadakan acara khas pada 7 Mei hadapan dengan beberapa model iPad baharu bakal diumumkan.

Menurut laporan terkini Bloomberg, selain iPad yang dipertingkatkan Apple Pencil baharu dengan ciri haptik turut akan dilancarkan.

Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.

Sebelum ini beberapa paten dengan sistem haptik telah difailkan oleh Apple dan hanya kini ia sedia digunakan pada produk sebenar.

Ciri lain yang dipercayai akan disokong ialah pengesanan tekanan pada tubuh Apple Pencil. Ini boleh dipetakan kepada beberapa aksi oleh pengguna.

Pada model sebelum ini, Apple Pencil mempunyai ciri mengesan mengetuk sisi tubuh yang membolehkan berus dalam aplikasi ditukar.

Sejauh manakah kebenaran maklumat terkini Bloomberg ini hanya akan diketahui pada acara yang akan berlangsung seminggu sahaja lagi. -Amanz