PENGACARA dan pelawak, Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.
“Sebagai orang Islam semestinya kita mengharapkan gencatan senjata berlaku. Sebab kita manusia, bila kita tengok kekejaman yang sedang berlaku ini saya sebagai seorang ayah yang ada anak dan berkeluarga memang sangat terkesan dengan keadaan sekarang ni.
"Berharap ada gencatan senjata supaya orang di sana ada peluang dan ruang untuk bernafas...
Sama seperti manusia lain, Nabil berpendapat bahawa kekejaman yang berlaku di negara Asia Barat itu terlalu teruk dan perlu dihentikan segera.
“Kita nampak satu keadaan yang sangat teruk dan saya hanya berharap ada gencatan senjata supaya orang di sana ada peluang dan ruang untuk bernafas,” katanya.
Man Bai sebak
Penyanyi lagu Kau Ilhamku, Man Bai tidak dapat menahan sebak mengenangkan pergolakan yang berlaku di Palestin.
“Saya speechless…saya sedih. Tak sepatutnya berlaku perkara ini, tapi di dalam Al-Quran dah tertulis semuanya. Sebab saya tak boleh tengok anak-anak kecil dibunuh.
“Itu adalah rancangan Israel, membunuh anak-anak kecil kerana mereka (Israel) takut kanak-kanak tersebut bakal menjadi generasi seterusnya yang menghalau mereka dari tanah kepunyaan Palestin. Israel memang kejam dan tidak berperikemanusiaan!,” getusnya.
PU Amin yakin Israel akan tewas
Dalam pada itu, pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin yakin bahawa keganasan yang dilakukan oleh Zionis tidak akan kekal lama kerana solidariti orang ramai terhadap Palestin.
“Kita tahu sesiapa sahaja yang memulakan keganasan, kezaliman, mereka (Israel) tak akan menang sampai bila-bila. Mungkin menang dari sudut luaran, tetapi hati mereka remuk sebab sehingga sekarang dah 233 hari mereka tak dapat apa-apa kemenangan yang mereka mahukan.
“Mereka hanya lebih gian untuk buat perkara yang tak betul jadi akhirnya mereka dah kalah daripada awal. Jadi harapan kita kepada semua, jangan mengalah, terus bergerak untuk mempertahankan, bersolidariti dan bekerjasama untuk Palestin kerana ini ialah saham akhirat kita.
"Mungkin sedikit yang kita buat, tapi dapat membantu jutaan mereka yang berada di sana, Insya-Allah,” ujarnya.
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan.
Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin.
Saluran Malaysia4Palestine menampilkan temu bual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin.
Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada skrin.
Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan.
Personaliti-personaliti terkenal yang turut mengambil bahagian dalam inisiatif Malaysia4Palestine termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Datuk Ahmad Faizal Perdaus, Datuk Aaron Aziz, Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, Nabil Ahmad, dan ramai lagi.
Gempak
Sun May 26 2024
Man Bai, Nabil dan PU Amin menyatakan perasaan sedih dengan kesengsaraan dihadapi penduduk Palestin.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.
Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai hari ini
Saluran khas tersebut dengan sajian pelbagai segmen akan ditayangkan selama 24 jam bermula 25 Mei ini di Saluran Astro 111.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.