awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Arwah Sandra bukan jenis yang gemar pakai baju putih" - Neeta Manisha

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/09/2020
10:13 MYT
"Arwah Sandra bukan jenis yang gemar pakai baju putih" - Neeta Manisha
Sebelum bermulanya pertandingan, Neeta juga berkongsi bahawa arwah sempat berjumpa dengannya dan bertanyakan mengenai persiapan yang harus dilakukan untuk Big Stage. - Foto Astro AWANI
Kehilangan seorang sahabat sememangnya sukar untuk diterima.
Itulah yang dirasai oleh naib juara Big Stage 2019, Neeta Manisha, membesar bersama Sandra Dianne dalam industri seni suara.
Mengimbau kenangan mula-mula perkenalan, Neeta menyatakan bahawa dia dan Sandra mula rapat semasa terserempak ketika Sandra mempromosikan lagu Hey! Kau.
"Saya mula mengenali Sanndra semasa dia promosikan lagu Hey! Kau, dan masa tu dia tiada pengurus dan saya pun seorang sahaja dan mula pada saat itu kami mula rapat," katanya pada konsert tribute #SandraDalamKenangan pada Ahad.
Neeta yang popular dengan lagu Ruang Mimpi juga menyatakan bahawa arwah Sandra sememangnya seorang yang sangat tenang dan akan membuat orang lain selesa ketika bersamanya.
Sebelum bermulanya pertandingan, Neeta juga berkongsi bahawa arwah sempat berjumpa dengannya dan bertanyakan mengenai persiapan yang harus dilakukan untuk Big Stage.
"Dia ada datang dan berjumpa saya sebelum Big Stage bermula, dia minta nasihat mengenai persiapan yang harus dilakukannya.
"Pada masa itu juga kawan ada cakap yang dia datang rumah pakai baju putih, tetapi kalau ikutkan dia bukan jenis pakai baju putih kalau anda kenal dia," kongsi Neeta.
BACA: Tolong jaga perasaan keluarga arwah Sandra - Elly Mazlien
BACA: 'Terima kasih jadi kawan baik Sandra' - Qody Rany sebak kenang detik bersama arwah
BACA: Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Pada malam itu juga, Neeta juga menyanyikan lagu terakhir Sandra iaitu Tulus yang merupakan permintaan daripada keluarga Allahyarhamah sendiri untuk konsert tribute #SandraDalamKenangan.
Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan raptai .
Pelantun lagu Hey! Kau dan Terkemuka itu disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya Jumaat lalu selepas hampir seminggu mendapat rawatan.
Topic Berkaitan
#BBNU
#Big Stage
#konsert
#Neeta Manisha
#Sandra Dalam Kenangan
#Sandra Dianne
#Sandra menninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan