awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia

Agensi
Agensi
07/11/2021
09:42 MYT
Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia
Astro bersama UB40 sehingga 2013 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love. - Twitter/UB40
BEKAS vokalis dan pengasas kumpulan reggae British, UB40, yang terkenal sekitar era 80an, meninggal dunia pada usia 64 tahun.
Terence Wilson, yang menggunakan nama pentas Astro, bersama UB40 sehingga 2013 dan kumpulan itu dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love.
"Dengan penuh dukacita kami ingin memaklumkan Astro telah meninggal dunia selepas jatuh sakit baru-baru ini," kata UB40 menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.
Punca kematiannya tidak diperincikan namun Wilson dilaporkan baru jatuh sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Rakaman semula lagu Neil Diamond, Red Red Wine telah membawa kemahsyuran kepada UB40, dengan jualan album melebihi 100 juta unit.
Mereka juga memegang rekod artis paling lama dalam carta muzik United Kingdom pada 1980an.
Berasal dari British Midlands, Birmingham, kumpulan itu membawa suara ketidakpuasan hati golongan muda terhadap status quo ekonomi dan politik, malah nama mereka sendiri merujuk kepada borang yang diberikan kepada mereka yang ingin menuntut faedah pengangguran.
Topic Berkaitan
#UB40
#British
#reggae
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan