Astro Radio Sdn Bhd (ARSB) kini meluaskan liputan siaran radio ERA fm KK, MY FM KK dan hitz.fm KK ke Sandakan bermula hari ini.

Ketiga-tiga stesen radio ini akan ke udara dan menyampaikan isi kandungan yang sama dari studio di Kota Kinabalu dengan penambahan kandungan setempat seperti acara dan maklumat pengiklanan dari Sandakan.

Pengurus Astro Radio Sabah dan Sarawak, Mesh Nair berkata, ini selaras dengan usaha Astro Radio dalam mengukuhkan produk tempatan ke seluruh Negara dab bertepatan dengan kedudukannya sebagai pilihan nombor satu pendengar di Malaysia.

“Sebagai peneraju pasaran, kami sangat komited dalam memberikan variasi kandungan muzik, infotainment, zon info serta berita tempatan kepada para pendengar di Sabah.

“Kami akan terus memperbaiki dan memperluaskan lagi liputan siaran kami ke Bandar-bandar lain di Sabah dan Sarawak,” tambah Mesh Nair.

Pendengar di Sandakan boleh mengikuti siaran ERA fm di frekuansi 103.0fm, MY FM di 100.6fm dan hitz.fm di 99.8fm bermula 1 April 2013.

Pada masa sama, para pendengar berpeluang mendapatkan cenderahati eksklusif daripada stesen-stesen radio ini dengan mengikuti Skuad Perodua ERA, MY FM serta hitz.fm Cruiser yang bakal berada di sekitar Sandakan bermula 1 hingga 7 April.