awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/12/2022
15:29 MYT
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad. - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
KUALA LUMPUR: Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Meskipun usia Search sudah menjangkau 40 tahun namun lontaran suara vokalisnya, Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search masih mampu memukau peminat tegarnya.
Malah, peminat turut disajikan dengan beberapa buah lagu yang cukup menggamit memori khususnya bagi mereka yang mengikuti rapat perjalanan kumpulan rock itu.
Ini termasuk beberapa segmen khas yang membawa penonton di Istana Budaya menelusuri perjalanan awal Search sebelum dilamar syarikat rakamannya.
Sudah pasti nyanyian lagu Isabella, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Laila Namamu Teratas, Pelesit Kota, Gadisku, serta Isi Dan Kulit antara yang bergema di ruangan Pangung Sari apabila ia turut disulami dengan nyanyian penonton.
Search yang tampil dengan konsert bertemakan 'Rock On 40' merupakan satu penghormatan buat pemuzik genre itu yang telah berjuang puluhan tahun dalam mewarnai industri hiburan.
Dalam pada itu, konsert yang berprestij itu tentunya tidak akan lengkap tanpa barisan pemuzik otainya yang terdiri daripada Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal yang beraksi sejak penganjuran Konsert Endemik.
'Rock On 40' merupakan satu penghormatan buat pemuzik genre itu yang telah berjuang puluhan tahun dalam mewarnai industri hiburan.
'Rock On 40' merupakan satu penghormatan buat pemuzik genre itu yang telah berjuang puluhan tahun dalam mewarnai industri hiburan.
Istana Budaya mula dibanjiri peminat setia Search yang beratur seawal jam 8 malam walaupun konsert bermula pada jam 8.45 malam.
Aura Search yang kekal unggul sehingga kini membuatkan penonton tidak berfikir panjang untuk berkorban wang ringgit bagi menghadiri konsert gilang gemilang itu.
Search yang kekal dengan momentum bertenaga sejak pembukaan tirai konsert bagaimanapun mengakhirinya dengan lagu yang cukup bernostalgia berjudul 'Pawana'.
Penonton yang masih tidak berasa puas dengan laungan "We want more!' bagaimanapun berjaya memujuk hati Amy bagi menyumbangkan sebuah lagi lagu berjudul 'Tiada Lagi'.
Turut membuat penampilan istimewa ialah anak Amy Search yang juga merupakan pelakon, Nabila Huda, yang muncul di penutup konsert.
Konsert yang meraikan 40 tahun Search dalam industri hiburan itu merupakan yang terakhir bagi tahun 2022.
Topic Berkaitan
#search
#Rock On 40
#kumpulan rock legenda
#Istana Budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan