awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayah Ashraf Muslim meninggal dunia akibat COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2021
05:12 MYT
Ayah Ashraf Muslim meninggal dunia akibat COVID-19
Ashraf memaklumkan ayahnya, Muslim Bulat menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun pada pukul 6.37 pagi Selasa. - Gambar Instagram Ashraf Muslim
KUALA LUMPUR: Dunia hiburan tanah air hari ini bukan hanya dikejutkan dengan pemergian ayah penyanyi terkenal, Faizal Tahir, Dr Tahir Abdul Rahman ke rahmahtullah.
Sebaliknya, seorang lagi artis terkenal, Ashraf Muslim juga memaklumkan ayahnya, Muslim Bulat juga sudah dijemput oleh Sang Pencipta ke negeri abadi.
Menggambarkan hari ini sebagai hari yang paling sedih, pelakon tampan itu bagaimanapun, redha dengan pemergian ayahnya akibat COVID-19 kategori 5B selepas selama lapan hari dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kata Ashraf, ayahnya menutup usia sekitar pukul 6.37 pagi Selasa.
"Hari ini menjadi hari paling sedih, ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.
"Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah yang pernah dilakukan sewaktu masih hidup.
"Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya," tulis Ashraf di akaun media sosialnya hari ini.
View this post on Instagram
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)
Ashraf juga memohon orang ramai agar berdoa semoga urusan pengebumian arwah bapanya dipermudahkan.
"Sama-sama kita doakan arwah ayah ditempatkan di tempat yang istimewa di alam baru bersama mereka yang beriman. Insya-Allah," pinta Ashraf.
Sebelum ini, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu pernah berkongsi berita ayahnya dirawat dalam intubasi dengan dibantu mesin pernafasan di unit rawatan separa kritikal di PPUM pada 20 September lalu.
BACA: Bapa Faizal Tahir meninggal dunia
Topic Berkaitan
#ayah Ashraf Muslim
#meninggal dunia
#COVID-19
#Muslim Bulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan