BEKAS anggota kumpulan Elite, Abby Abadi bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab.

Kata Abby, dia berasa terharu kerana suaminya turut menjaga kedua-dua ibu bapanya yang kurang sihat selain tidak berkira dalam hal-hal yang berkaitan dengan mereka.

Abby berkongsi perasaannya menerusi satu posting di akaun Instagramnya pada Jumaat.


“Ayah. Jumaat yang berkah. Syukur ALLAH pilih dapat bantu suami @jaiezzany hari ni mandi ayah saya. Ayah saya tapi suami yang tiap-tiap hari mandikan, saya sheshekali jew.

“Sebab apa mcm tu, sebab suami pagi-pagi kalau nak cepat, dia naik motor hantar baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar baby besar gi sekolah terus gi umah mak ayah kita hantar sarapan dan mandikan ayah.

“Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, suami kata tak payah ikutlah sebab dia nk kejar masa (gi pasang cctv dsb).


“Bila sesekali je dapat mandikan ayah, rasa saya ni huhu... Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab-bab macam ni.

“Harap suami-suami sahabat saya di sini pun rajin juga bantu isteri-isterinya jaga mak ayah kalau dah tak berdaya ye.

“Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dapat masuk syurga sebutlah namaku sama hihi. Esok shopping ye suami haha,” tulisnya.

Ayah