awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor bermula Khamis ini
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa' - Anak M Daud Kilau

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/09/2022
07:32 MYT
'Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa' - Anak M Daud Kilau
M Daud Kilau sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada tengah malam Rabu selepas mengalami sesak nafas. - Fail/Astro AWANI
TELUK INTAN: Artis veteran tanahair, Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengadu sesak nafas pada Rabu, mula sedar dan mahu makan seperti biasa.
Anaknya, Ahmad Zaini, 51, yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, bapanya mula menunjukkan perkembangan positif berbanding sebelum ini.
"Datuk sudah sedar dan boleh makan, semalam dia tak boleh makan dan minum," katanya.
Difahamkan sebelum ini beliau hanya diberi minum susu melalui saluran ke hidung.
Sementara itu, isteri M Daud Kilau, Datin Rohani Awang Ngah, 62, berkata, keadaan suaminya masih lemah.
Bagaimanapun, katanya, penyanyi veteran itu sudah boleh diajak bersembang tetapi tidak lama.
"Bila saudara mara datang, dia bersembang juga, tapi tidak boleh lama-lama. Bila dia rasa penat, dia akan pejamkan mata semula dan tidur," ujarnya.
Penyanyi berusia 84 tahun itu sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada tengah malam Rabu selepas mengalami sesak nafas.
Topic Berkaitan
#M Daud Kilau
#sesak nafas
#Teluk Intan
#Raja Gelek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan