MENYEDARI kehidupan anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra semakin popular di media sosial, Aziz M Osman mengakui memantau penggunaan alat komunikasi tersebut.
Malah, selebriti berusia 55 tahun ini mengakui memberi kebebasan namun semuanya masih terkawal.
"Memang kita bagi dia sedikit kebebasan, tapi dalam masa sama kita juga bertindak sebagai penapis.
"Selain buat tapisan, kita juga bagi bimbingan kenapa kita perlu buat macam itu. Kita mahu dia faham apa yang 'do' and 'don't'.
"Kalau kita larang, dia akan memberontak dan cari alternatif lain. Ia lebih membahayakan, jadi lebih baik kita beri saja apa dia mahu tapi dengan cara yang betul,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran program realiti, Oh My Family.
Bukan itu sahaja, pelakon filem XX Ray ini juga meletakkan had tertentu dalam penggunaan telefon bimbit.
"Untuk setiap aktiviti dia, ada mula dan akhirnya supaya dia tahu menghormati dan menghargai masa.
"Kita juga jangan amalkan budaya 'merampas' kerana secara tak langsung kita bersetuju dengan tindakan tersebut.
"Contohnya, katalah kita bagi dia tengok YouTube, dan tiba-tiba kita mahu ambil telefon tersebut. Kita jangan rampas sebaliknya bagi dia masa dan dia sendiri akan memulangkannya," katanya.
Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz semakin mendapat perhatian apabila popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di Instagram (IG).
Kini, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu memiliki lebih 123,000 pengikut mengalahkan bapanya, Aziz yang hanya mempunyai lebih 43,000 pengikut di laman sosial itu.
Malah, Ara juga mempunyai peminatnya tersendiri.
Ara merupakan anak hasil perkongsian hidup Aziz dengan Puteri Lily Lokman yang dikahwininya pada 2010.
Selain itu, Aziz turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Aziz dan Ara juga bakal menjayakan program terbaharu, Oh My Family!
Selain keluarganya, program ini turut menampilkan gelagat anak-anak Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aaron Aziz, Azad Jazmin dan Rita Rudaini.
Ia bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611) pada setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 April depan.
Sinar Harian
Fri Apr 06 2018
Aziz M Osman dan anak bongsunya, Ara. - Foto Sinar Harian
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
Tarik tumpuan dunia, The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun.
Diganding sebagai abang dan adik dalam ‘The Experts’, Aaron Aziz dedah sisi lain Syafiq Kyle
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapatBerp
The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam
Penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.
Aaron Aziz pegang watak 'mastermind' dalam The Experts
Aaron yang memegang watak sebagai abang sulung berkata dia dan semua pelakon juga banyak menghadiri kelas lakonan untuk mencari keserasian bersama.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta
Pelakon berbakat besar itu diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta berjudul Sayu Yang Syukur.
Aaron teruja kongsi pentas dengan Chris Hermsworth
Datuk Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.