PELAKON Azmi Bahron menggalas cabaran untuk melakonkan watak seorang pemuda yang mempunyai masalah pendengaran dalam filem Tulus Ikhlas.
Azmi yang terkenal menerusi watak Mi Black dalam filem Rock Oo membuat kajian sebelum masuk ke set penggambaran filem arahan Hafiz Ibrahim ini.
“Jika sebelum ini dalam filem Rock Oo, saya membawa watak sebagai seorang drummer yang berlidah pendek, filem Tulus Ikhlas pula menuntut saya menjadi seorang lelaki bernama Buyong yang mempunyai masalah pendengaran.
“Saya menjalankan penelitian sendiri sebelum menggalas watak Buyong. Saya juga melihat cara Pyanhabib yang mempunyai masalah pendengaran. Sukar sebenarnya mahu menjayakan watak tersebut namun syukur kerana ianya diterima ramai pihak,” kata Azmi kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai keserasiannya dengan pendatang baru, Mohd Safiq Arshad yang mempunyai masalah pengllihatan, Azmi seronok melayan Safiq yang mempunyai karakter ‘loyar buruk’.
“Dua hari sebelum penggambaran bermula, saya sudah ditempatkan dalam sebuah bilik hotel bersama Safiq. Saya boleh katakan yang Safiq mempunyai karakter yang ‘loyar buruk’ tetapi dia baik orangnya. Saya suka melayan perangainya itu dan penggambaran berjalan dengan seronok,” seloroh Azmi.
Selain Azmi dan Safiq, Tulus Ikhlas turut dibintangi oleh Azri Iskandar, Rahhim Omar, Marissa Yasmin dan Noor Azam Shairi.
Tulus Ikhlas merupakan adaptasi daripada iklan Hari Raya Aidilfitri yang bersiaran di Astro First Eksklusif.
Tulus Ikhlas diinspirasikan daripada iklan yang menampilkan dua kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dan penglihatan sebuah syarikat padi beras terkemuka tanah air pernah menjadi sebutan pada tahun 2012.
Filem ini membawa penonton menerjah kehidupan dua insan kurang upaya bernama Adi dan Buyong.
Adi merupakan seorang cacat penghlihatan manakala Buyong seorang yang cacat pendengaran meneruskan kelangsungan hidup sebagai tukang urut kaki di Jalan Alor, Kuala Lumpur.
Nota: Jangan lupa saksikan Tulus Ikhlas yang akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First Eksklusif Saluran 480 mulai 20 Februari 2016 dengan hanya RM15.90. Penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.
Gempak
Tue Feb 23 2016
Mengulas mengenai keserasiannya dengan pendatang baru, Mohd Safiq Arshad yang mempunyai masalah pengllihatan, Azmi seronok melayan Safiq yang mempunyai karakter loyar buruk. - Gambar Astro Gempak
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Pengarang, penerbit Astro AWANI syukur dipilih tunai haji tahun ini
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Bersama ditalian, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr Sufian Jusoh.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan dibuat Microsoft bernilai AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
AWANI Ringkas: Protest bertembung dengan kumpulan pro-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
Azmi Bahron galas cabaran jadi pekak dalam 'Tulus Ikhlas'
Pelakon Azmi Bahron menggalas cabaran untuk melakonkan watak seorang pemuda yang mempunyai masalah pendengaran dalam filem Tulus Ikhlas.