AHLI kumpulan Indigo, Bad mengumumkan bahawa rumah tangganya bersama penyanyi Ashira sudah berakhir.
Menerusi laman sosial Instagram, Bad dan Ashira membuat keputusan itu di atas persetujuan bersama.
"Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila," ujar Bad.
Dalam pada itu, jelas Ashira, dia tampil membuat pengumuman yang mengejutkan itu kerana tidak mahu ada pihak membuat spekulasi yang bukan-bukan.
"Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah. Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.
"Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia dan Allah saja tahu," ujar Ashira.
Sementara itu, pasangan itu juga tidak mahu orang ramai bertanyakan punca perpisahan mereka dan ia juga bukan berpunca daripada orang ketiga.
"Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita.. Yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ini itu adalah satu aib. Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah dosa.
"Biarlah saya, dia, keluarga dan yang di atas saja yang tahu. Harap jelas, semoga tiada ada lagi pertanyaan mana Ashira, mana Bad, kenapa lama tak nampak. Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami," ujarnya lagi.
Sekadar info, Bad, 46, dan Ashira Aziz, 36, melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 11 Mac tahun lalu.
Ini adalah perkahwinan kedua masing-masing. Dalam perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.
* Artikel asal disiar di Gempak
Gempak
Thu Jun 23 2022
Bad mengumumkan bahawa rumah tangganya bersama penyanyi Ashira sudah berakhir. - Gambar GEMPAK
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
‘Arwah Bad tak suka susahkan orang lain' - Waris
Penyanyi kumpulan Indigo, Bad disifatkan sebagai sosok yang tidak suka menyusahkan orang lain dan sentiasa berfikiran positif.
Ashira terkejut, menggigil dengar berita Bad Indigo meninggal dunia
Ashira ketika dihubungi Gempak berkata, dia menerima perkhabaran tersebut daripada kenalan media.
Fahmi ucap takziah kepada keluarga Bad Indigo
Fahmi dalam hantaran di Facebook mendoakan supaya keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.
Bad Indigo, Ashira umum bercerai, rahsiakan punca perpisahan
"Biarlah saya, dia dan Allah saja tahu," kata Ashira yang tidak berhasrat berkongsi sebab perceraian itu berlaku.