awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baim Wong, Paula Verhoeven sah bercerai

Gempak
Gempak
17/04/2025
04:30 MYT
Baim Wong, Paula Verhoeven sah bercerai
Baim Wong (kiri) dan Paula Verhoeven (kanan) sah bercerai setelah Majelis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan membenarkan permohonan Baim. -Gempak
KEMELUT rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven berakhir dengan keputusan rasmi bercerai.

Ringkasan AI
  • Baim Wong dan Paula Verhoeven bercerai secara rasmi setelah Majelis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan membenarkan permohonan Baim.
  • Paula didapati nusyuz, derhaka, dan tidak menghormati suami, serta terbukti curang.
  • Hak asuh anak diberikan secara bergilir setiap dua minggu.

Keputusan perceraian itu dicapai selepas Majelis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan membenarkan permohonan yang telah diminta beberapa kali oleh Baim Wong.
Menerusi keputusan yang dibuat, hakim menyatakan Paula terbukti nusyuz, derhaka dan tidak menghormati suami.
"Berkaitan dengan pihak ketiga (curang), majlis hakim menyatakan terbukti.
"Dengan demikian hakim menetapkan pihak termohon (Paula) adalah isteri yang nusyuz, isteri derhaka, tidak menjaga kehormatan sebagai isteri dan mengkhianati hubungan suci suami isteri," ujar Suryana, Humas PA Jakarta Selatan seperti dilaporkan Detik.com.
Pasangan yang mempunyai dua orang anak itu juga diberi hak asuh secara bergilir dengan penggiliran dua minggu sekali.
Terdahulu Baim memfailkan perceraian kepada Paula pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.
Pelakon dan penerbit itu mendakwa Paula curang dengan rakan baiknya sendiri namun tidak memperincikan butiran pertuduhan tersebut. -Gempak
Topic Berkaitan
#Baim Wong
#Paula Verhoeven
#bercerai
#Majelis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan