PELAKON dan pengacara, Dynas Mokhtar bakal menimang cahaya mata perempuan yang juga merupakan anak keempatnya yang dijangka dilahirkan pada Jun hadapan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar sememangnya teruja dengan kehamilan kali ini dan bakal menimang seorang lagi anak perempuan.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.
Baru-baru ini, selebriti yang juga merupakan seorang usahawan ini menganjurkan majlis baby shower untuk dirinya yang bertemakan rona merah jambu.
Umum mengetahui Dynas bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan perkongsian dirinya mengenai kehamilan kali keempat ini.
“Kehamilan anak keempat ini tidak dirancang dan saya juga berasa risau risiko dan komplikasi ketika mengandung pada usia menjelang 40-an ini.
"Saya harap anak keempat ini adalah yang terakhir,” ujar Dynas.
Ditanya hamil pada usia menjelang 40-an, Dynas mengakui berbeza berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.
“Terus terang, saya memang berasa cepat penat sepanjang mengandung anak keempat ini.
"Saya masih lagi berlakon ketika dapat tahu diri ini mengandung dua bulan.
"Namun, saya memutuskan untuk berehat seketika dari aktiviti penggambaran sehingga selepas selesai menjalani tempoh berpantang selama 100 hari nanti.
Dari segi persiapan menyambut kelahiran bayi, Dynas menyediakan kelengkapan bayi yang kebanyakannya baru untuk menerima kehadiran anak keempat dalam keluarga.
Setiap kali hamil, Dynas tidak pernah lupa meraikan majlis baby shower untuk meraikan kandungannya.
Untuk rekod, Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil, 4.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 13, dan Mohamed Haqaish, 11. -Nona
Nona
Mon May 15 2023
Dynas Mokhtar bakal menimang cahaya mata perempuan yang juga merupakan anak keempatnya yang dijangka dilahirkan pada Jun hadapan. -Nona
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
Bakal sambut kelahiran anak keempat, Dynas Mokhtar teruja nak dapat 'baby girl'
Bakal Sambut Kelahiran Anak Keempat, DYNAS MOKHTAR Teruja Nak Dapat Baby Girl!
Selebriti terkenal giat bantu usahawan mikro melalui 'Power to Empower'
Usaha itu bagi memastikan kumpulan tersebut mampu menjana pendapatan dari rumah.
'Saya tak boleh makan langsung ...' - Dynas Mokhtar
Pelakon Dynas Mokhtar yang kini berbadan dua menceritakan pengalamannya menempuhi trimester pertama kehamilan.
Pelakon jelita Dynas kini isteri ahli perniagaan
Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar, 35, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36.
Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Dynas Mokhtar bakal nikah April 2018
Pelakon Dynas Mokhtar, mengakui bakal bernikah pada April tahun depan selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.