PASANGAN kembar Ekin dan Aenn mengakui masih menerima banyak tawaran lakonan namun terpaksa menolaknya kerana sibuk dengan perniagaan yang dijalankan.
Ekin atau nama sebenarnya Nora’ashikin Rahmat, 39, berkata, dia masih merindui dunia lakonan setiap kali menemani suaminya, Mawi ke lokasi penggambaran.
"Rindu untuk berlakon itu masih ada setiap kali mengikut suami menjalani penggambaran filem terbaharunya itu.
"Namun kami terpaksa menolak tawaran yang diberikan kerana sibuk dengan perniagaan dan menguruskan keluarga.
"Fokus utama kami adalah untuk keluarga dan perkara itu membuatkan kami sukar menerima tawaran yang diberikan.
"Sebenarnya kami masih menerima banyak tawaran lakonan namun terpaksa menolaknya kerana risau tidak dapat memberikan komitmen," katanya kepada Astro Gempak.
Ekin dan Aenn berkata demikian ketika ditemui ketika majlis sidang media Festival Ramadan Putrajaya 2018 di Putrajaya pada Khamis.
Festival tersebut bakal diadakan pada 17 Mei sehingga 14 Jun dengan penglibatan 30 artis popular yang akan membuka gerai masing-masing antaranya Erra Fazira, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Ramlah Ram, Ella dan Haiza.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Kredit Foto: Instagram
Gempak
Fri May 04 2018
Pasangan embar Ekin dan Aenn mengakui masih menerima banyak tawaran lakonan namun terpaksa menolaknya kerana sibuk dengan perniagaan yang dijalankan.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Banyak terima tawaran, terpaksa tolak sebab sibuk berniaga - Ekin & Aenn
Ekin atau nama sebenarnya Noraashikin Rahmat, 39, berkata, dia masih merindui dunia lakonan setiap kali menemani suaminya, Mawi ke lokasi penggambaran.