awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barang kemas Rozita bernilai RM11 juta pada malam berinai

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2013
06:31 MYT
Barang kemas Rozita bernilai RM11 juta pada malam berinai
Zain dan Rozita di malam berinai - Foto Astro AWANI
Bakal pengantin, Rozita Che Wan menggayakan barang kemas berharga RM11 juta dalam majlis berinai yang berlangsung di Dewan N'dah Shah Alam pada Selasa malam.
Antara perhiasan yang ditaja Habib Jewels itu termasuk tiara berlian, anting-anting, dua bentuk cincin serta rantai.
Pelakon siri "Kiah Pekasam" itu memakai dua set barang kemas bersesuaian dengan dua pasang persalinan yang digayakannya.
Persalinan pertama ialah kebaya moden berwarna ungu rekaan Rizman Ruzaini sementara yang kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.
Bersiap untuk majlis berinai
Bersiap untuk majlis berinai
Klik Galeri Foto untuk keseluruhan foto majlis berinai tersebut
Zain dan Rozita duduk di atas pelamin berhias bunga putih sambil dipakaikan inai tajaan My Beautiful Henna.
Seramai 200 tetamu hadir termasuk ahli keluarga, media serta rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah dan Sharifah Shahora.
Anak sulung Rozita, Ammar Effendy, 17 tahun menyatakan perasaan gembira apabila ibunya bakal menamatkan zaman janda.
Zain dan Rozita bakal dinikahkan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam selepas solat Maghrib malam ini.
Rozita akan menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, cincin kahwin bernilai RM93 ribu dan wang hantaran RM23,200.
Selepas majlis resepsi pada Jumaat, pasangan ini bakal berlepas ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk berbulan madu selama dua minggu mulai 16 Disember.
Topic Berkaitan
#barang kemas
#Habib Jewels
#Rozita Che Wan
#Zain Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan