awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas buah hati Elfira Loy kini pejuang MMA

Nazim Chee
Nazim Chee
23/02/2018
07:33 MYT
Bekas buah hati Elfira Loy kini pejuang MMA
Elfira Loy pernah dikaitkan dengan seorang pelakon dari seberang namun mereka menafikan ada bibit cinta - Gambar Instagram.com / elfiraloy
DI INDONESIA namanya cukup terkenal sebagai pelaris sinetron. Malah di Malaysia dia tidak kurang dikenali dan pernah beberapa kali disunting Michael Ang untuk menjadi hero drama bersiri arahannya.
Randy Pangalila pernah digosipkan main-main cinta dengan pelakon yang baru putus tunang Elfira Loy.
Semuanya bermula apabila dua pelakon muda ini digandingkan dalam telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael pada 2011 yang ditayangkan di Astro Ria.
Ada keserasian maka pasangan ini sekali lagi digandingkan Michael untuk projek seterusnya Dalam Hati Ada Taman dua tahun lalu, juga ditayangkan di saluran sama.
BACA: "Saat kau berasa sedih, saat itu Allah memelukmu"- Elfira Loy
Namun hubungan ‘cinta’ itu sekadar di kaca televisyen kerana hubungan kedua-duanya lebih kepada abang dan adik. Lagipun hati Randy ketika itu milik ‘pacarnya’ Michella Putri. Mereka bagaimanapun putus cinta Oktober tahun lalu.
Lupakan seketika kisah gossip ini, tumpukan kepada kerjaya terbaharu pelakon bertubuh tegap ini. Randy mengorak langkah ke bidang yang lebih mencabar. Percaya atau tidak Randy ini pejuang Seni Bela Diri Campuran (MMA) di Indonesia.
BACA: Sufian, Elfira putus tunang: Jalan terbaik elak perceraian - Wan Dazrin
Baru-baru ini Randy terlibat dalam Warrior Fight Champ khas untuk selebriti berdepan lawannya Fajar Ibel seorang ahli muzik yang juga pejuang MMA.
Nak tahu apa keputusannya? Randy hanya perlukan 39 saat untuk menumbangkan Fajar. Hebat bukan?
Menarik juga ada pertarungan macam ini Ada pengadil, satu lawan satu. Barulah kita tahu selebriti mana yang betul-betul hebat dalam aksi pukul-memukul. Setuju?
#Repost @maxmetino with @get_repost ・・・ #CELEBRITYMATCH Big Congrats to my Champ Randy Pangalila. @randpunk hard work, sweat, blood, paid off, Hell yeah, We did it!!! #Indonesia @oneprideimma @tvonenews @kobi.mma @synergybjjmma @warrior.mma_hq @warrior_jkt @warriorcamp_bekasi @warrior_palembang @muaythaimalang_warriormma @warrior_fitclub @synergy_warrior_gorontalo @warriorbogor @robbie_njd @randpunk.pics #MaxOmbakMetino #randypangalila #synergybjjmma #synergywarrior #mma #Onepridemma #KOBI #tvone
A post shared by Randy Pangalila (@randpunk) on
Feb 12, 2018 at 12:46am PST
Topic Berkaitan
#Astro
#Elfira Loy
#Indonesia
#Malaysia
#Michael Ang
#MMA
#Randy Pangalila
#Sufian Suhaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan