awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PA Mizz Nina terima pampasan RM55,000, selesai kes penamatan kerja tidak adil - Peguam

Faida Rahim
Faida Rahim
04/09/2025
08:10 MYT
Bekas PA Mizz Nina terima pampasan RM55,000, selesai kes penamatan kerja tidak adil - Peguam
Mohamad Nasruddin (kiri) berkata, persetujuan itu dicapai hasil rundingan di luar mahkamah. Gambar kanan: Mizz Nina
KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi penyanyi dan aktivis Mizz Nina, Nur Haniza Mohd Azhar menerima pampasan sebanyak RM55,000 bagi kes penamatan kerja tidak adil yang difailkan di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur.

Ringkasan AI
  • Nur Haniza Mohd Azhar menerima pampasan sebanyak RM55,000 hasil rundingan luar mahkamah selepas diberhentikan kerja secara tidak adil pada 30 April 2024, selepas 11 tahun berkhidmat.
  • Aduan difailkan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan dan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan berdasarkan hak di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk menuntut pampasan maksimum 24 bulan gaji.
  • Haniza menyeru para pekerja agar mempertahankan hak mereka dengan menyimpan dokumen sokongan, manakala peguamnya menekankan kepentingan proses undang-undang dalam menuntut keadilan pekerjaan.

Peguam Haniza, Mohamad Nasruddin Ab Rahman daripada firma guaman Tetuan Nas Rahman & Azri Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai hasil rundingan di luar mahkamah selepas anak guamnya diberhentikan kerja secara tidak adil pada 30 April 2024.
Menurut beliau, berdasarkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Haniza berhak menuntut pampasan maksimum 24 bulan gaji dan pampasan sebagai ganti pemulihan kerja.
“Oleh itu, kami telah memfailkan aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan kes kemudiannya dirujuk ke Mahkamah Perusahaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada masa sama, Haniza meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan menyeru para pekerja agar tidak gentar mempertahankan hak mereka.
“Tidak kira setinggi mana darjat majikan tersebut, jika kita berada di pihak yang benar, teruskan perjuangan. Simpan segala dokumen sebagai bukti untuk memudahkan urusan di mahkamah,” katanya.
Pada 18 Mei tahun lalu, Nur Haniza dilaporkan berkata, bakal mengambil tindakan undang-undang selepas diberhentikan kerja secara tidak adil tanpa alasan kukuh.
Memetik laporan media, Haniza diberhentikan sebagai pembantu peribadi selepas 11 tahun berkhidmat untuk penyanyi itu.
Topic Berkaitan
#mizz nina
#Nur Haniza Mohd Azhar
#kes mahkamah
#bekas PA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan