PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat beberapa rakan rapatnya dalam industri sudah berpasangan.
Bagaimanapun, kata Sufian, dia menyerahkan semuanya kepada takdir dan ketentuan Allah SWT yang memberikan rezeki buat dirinya dalam pelbagai bentuk.
“Kalau ditanya mengenai pasangan semestinya saya terasa lebih-lebih lagi melihat rakan-rakan rapat seperti Haqiem Rusli, Tajul, Ariff Bahran semuanya sudah berkahwin.
“Mungkin ramai yang tidak tahu, saya sebenarnya pernah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan kemudian putus. Cuma kami tidak menghebahkan perkara itu.
“Pada saya, Tuhan itu maha adil yang mana masing-masing ada rezeki tersendiri. Ada yang dapat rezeki berpasangan awal, cuma mungkin saya belum diberikan rezeki ke arah itu.
“Alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai bentuk termasuklah kesihatan, keluarga yang baik, perniagaan dan saya sungguh gembira dengan apa yang saya ada ketika ini,” katanya kepada Gempak.
Sufian ditemui di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music yang bertempat ibu pejabat label berkenaan di Puchong, baru-baru ini.
Jelas Sufian, ibu bapanya juga sering bertanyakan mengenai hal itu namun tidak memberikan tekanan kepadanya.
“Keluarga pun ada bertanya, tapi lama kelamaan mereka penat, mereka kata sesiapa yang saya suka beritahu saja.
“Mereka menyerahkan semuanya kepada saya untuk membuat keputusan. Namun tidaklah sehingga memberikan tekanan kepada saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sufian muncul dengan drama berjudul 30 Hari Menjelang Raya arahan Suhaimi Lua
di slot Diandra saluran TV9.
Selain Sufian, drama itu turut dibintangi oleh Kazar Saisi, Liza Abdullah, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Mark Adam, Shakilla Koriri dan ramai lagi.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Gempak
Sun May 01 2022
Sufian Suhaimi mengakui mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat beberapa rakan rapatnya dalam industri sudah berpasangan. - Gambar GEMPAK
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
'Mana ada orang nak perdagangkan cinta' - Hasrat Sufian Suhaimi nak kahwin tak kesampaian
Sufian menjelaskan keputusan itu dibuat secara bersama dan menganggap apa yang jadi disebabkan mereka tidak lagi sehaluan.
Sufian Suhaimi hantar rombongan merisik?
Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut dan gadis itu mengenakan busana berwarna putih.
Sufian Suhaimi sedang mengenali hati budi seorang wanita
Wanita yang sedang dikenali Suhaimi merupakan seorang penuntut di sebuah universiti tempatan.
Sufian Suhaimi lancar Tabung Kasih, bantu wanita koma dipukul suami
Segala sumbangan diterima akan disalurkan kepada Jahidah dan anak mangsa.
"Belum ada pasangan, tapi Tuhan beri rezeki dalam bentuk lain" - Sufian Suhaimi
Sufian serah pada takdir dan ketentuan Allah SWT berhubung jodohnya.
Lagu raya sentuhan komposer lama, nyanyian artis baharu dalam Suasana Hari Lebaran
Syarikat rakaman Aries Music, melalui pembabitannya dalam industri rakaman, julung kali menggabungkan enam orang penyanyi popularnya bagi mendendangkan sebuah lagu hari raya.
Normal Baharu: Sufian Suhaimi manfaatkan tempoh PKP untuk perbaiki diri
Penyanyi popular tanah air Sufian Suhaimi mengambil masa terluang dikala tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memperbaiki diri.
Sufian Suhaimi ambil anak angkat
Sufian dilaman instagramnya telah berkongsi kepada peminatnya bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Faeq.
Hanya berkawan dengan Sufian Suhaimi, Hawa Rizwana ingin stabilkan karier penyampai berita
Terus kejar cita-cita ..
Sufian Suhaimi tercalon dalam anugerah Herald Global
Penyanyi Sufian Suhaimi tercalon dalam sebuah anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global yang akan berlangsung pada bulan depan di Hotel Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.