awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berdepan pengalaman kurang selesa di luar negara, Shiha Zikir syukur jadi rakyat Malaysia

Faida Rahim
Faida Rahim
31/08/2025
10:13 MYT
Berdepan pengalaman kurang selesa di luar negara, Shiha Zikir syukur jadi rakyat Malaysia
Sering terbang ke luar negeri atas urusan kerja dan bercuti, penyanyi Shiha Zikir akui terdedah banyak pengalaman yang membuatkan dia bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.- AWANI
SERING terbang ke luar negara atas urusan kerja dan bercuti, penyanyi Shiha Zikir akui menempuh banyak pengalaman yang membuatkan dia bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
Kata Shiha, dia pernah mengalami situasi kurang selesa ketika berada di sebuah negara dan insiden itu membuka matanya betapa istimewa budaya sopan santun rakyat Malaysia.
“Kalau bercakap tentang makanan dan masyarakat di negara kita pun buat rasa saya cukup bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
"Saya pernah berdepan pengalaman ketika berada di sebuah negara, waktu itu saya benar-benar rasa mahu pulang ke tanah air segera.
“Bukan kerana tempatnya tidak cantik atau tidak menarik, tetapi kerana layanan masyarakatnya yang membuatkan saya kurang selesa. Waktu itu saya sedar rakyat Malaysia sebenarnya hebat dari segi budi bahasa,” katanya kepada Astro AWANI.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jagakan Dia ini berkata kepelbagaian kaum dan budaya serta bahasa di Malaysia menjadikan negara ini unik dan suasana aman damai hingga hari ini harus dihargai.
“Walaupun ada perkara negatif, itu lumrah manusia. Namun secara keseluruhan, rakyat kita masih mengekalkan nilai hormat-menghormati dan budi bahasa. Saya harap Malaysia akan kekal aman dan harmoni selama-lamanya,” katanya yang baru sahaja dilantik sebagai duta pengilang produk penjagaan kulit dan kosmetik, SFJ Group Sdn Bhd, baru-baru ini.
Sedih insiden menimpa negara jiran, Indonesia
Mengulas lanjut, Shiha turut berkongsi kesedihan melihat situasi rusuhan di Indonesia sehingga mencetuskan ketegangan dan menjadi tumpuan perbualan di media sosial.
“Sebagai orang yang pernah bekerja dan mencipta nama di Indonesia, bila tengok situasi yang jadi sekarang, saya sedih. Saya tengok klip rusuhan di media sosial, sudah tentu saya terkejut sebab rakyat Indonesia sebenarnya sangat bersatu-padu.
“Waktu saya pergi sana untuk urusan kerja sebelum ini pun, orang-orang di sana yang beri sokongan luar biasa terutama sesi ‘meet and greet’. Jadi saya harap yang terbaik untuk Indonesia dan diharapkan semua baik-baik sahaja secepatnya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Shiha Zikir
#penyanyi
#SFJ Group Sdn Bhd
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan