SEORANG pelawak dan pelakon wanita mendedahkan kisah hidup lampaunya sebelum berjaya bergelar anak seni.
Pelawak kelahiran Indonesia yang cukup terkenal dengan nama pentas Elly Sugigi itu membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu dalam sebuah saluran YouTube di republik tersebut.
Menurut Elly, 51, kerana terlalu miskin serta tidak mampu membeli susu dia telah memberikan anaknya kepada seorang penjual sayur untuk dijaga dan dibesarkan dengan baik.
“Saya dulu terlalu miskin. Sampai ya Allah, maaf, saya telah memberikan anak kepada orang lain untuk dibesarkan. Saya tidak mampu membeli susu atau barang keperluan lainnya.
“Saya beri kepada penjual sayur. Walaupun jual sayur, saya tahu keluarga itu mempunyai agama yang baik.
“Jadi saya pilih berikan anak kepada mereka walaupun sempat ditawarkan oleh keluarga kaya dan mahu memberi saya sebiji rumah, tapi sebab tidak tahu apa agamanya saya tidak beri,” dedah Elly seperti dilaporkan Viva.co.id.
Tambah Elly, dia menerima sebanyak Rp500 juta atau sekitar RM154 hasil ‘pemberian’ anaknya kepada penjual sayur tersebut.
“Sudah seperti jual anak ya. Dapat RM154 buat beli jamu,” katanya lagi.
Usia anak perempuannya sekarang sudah mencecah 17 tahun. Katanya dia hanya dapat bertemu dan meminta maaf kepada anaknya sekitar tahun 2018 lalu.
“Sekarang hubungan saya dengan anak sudah semakin baik selepas bertemu pada tahun 2018.
“Cuba dulu memang dia pernah berkecil hati dan mengatakan sampai hati kerana saya sanggup berikan dia kepada orang lain.
“Tapi demi masa depannya yang lebih baik dan mahu dia menjadi seseorang yang berguna, saya berikan dia kepada orang lain kerana percaya hidupnya tidak akan indah bersama saya,” kata Elly yang juga merupakan seorang mangsa penderaan rumah tangga selama 12 tahun. - Gempak
Gempak
Tue Jun 06 2023
Elly berkata dia hanya dapat bertemu dan meminta maaf kepada anaknya sekitar tahun 2018 lalu. -- Gempak
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Beri anak kepada penjual sayur, pelawak ini dibayar RM154 untuk beli jamu
Menurut Elly kerana terlalu miskin serta tidak mampu membeli susu dia telah memberikan anaknya kepada seorang penjual sayur untuk dijaga dan dibesarkan dengan baik.