awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta

Gempak
Gempak
13/02/2025
03:00 MYT
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
Rozita Che Wan menyifatkan adiknya Ayu Raudhah dan adik iparnya, Zaquan Adha sebagai ibu bapa yang beruntung memiliki anak-anak syurga.
PELAKON jelita, Rozita Che Wan menyifatkan adiknya Ayu Raudhah dan adik iparnya, Zaquan Adha sebagai ibu bapa yang beruntung memiliki anak-anak syurga.
Menerusi kemas kini di TikTok, jelas Che Ta, dia amat memahami kesedihan yang dilalui pasangan itu selepas kehilangan anak bongsu Muhammad Aisy Al Rees kelmarin.
Namun, dia percaya ada hikmah atas setiap peristiwa yang berlaku.
"Mummy dan daddy sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini, pinjaman penuh kenikmatan.
"Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana.
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, insya-Allah," katanya.
Dalam pada itu, Che Ta turut mengenang ingatan bersama-sama Allahyarham anak saudaranya ketika masih dikandung hayat selama beberapa bulan selepas dilahirkan.
"Dalam galeri telefon mak ngah ini banyak sangat gambar Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak datang, mak ngah yang akan ke Seremban. Baby yang sangat baik, terlalu baik dan luar biasa.
"Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga, damailah kamu di sana sayangku," tambahnya.
Terdahulu, Zaquan memaklumkan khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram Stories pada petang Selasa.
Urusan jenazah selesai pada sebelah malamnya dan Allahyarham telah selamat disemadikan pada pagi Rabu.
Untuk info, Ayu selamat melahirkan anak ketujuhnya pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram. - Gempak
Topic Berkaitan
#anak Zaquan Adha
#Ayu Raudhah
#Rozita Che Wan
#anak syurga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan