HARI RAYA Aidilfitri ini, PETRA Entertainment akan mempersembahkan sekuel rancangan permainan komedi popular ‘Betul ke Bohong?’ yang  akan  disiarkan  secara  eksklusif di  saluran 127 dan107 (HD) Astro Warna dari 13 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 jam 5.30petang. Rancangan berjudul ‘Betul ke  Bohong? Kuasa  2 (edisi  khas Hari  Raya) bakal  menampilkan  selebriti kegemaran anda yang akan dikenakan kejutan elektrik jika kalah.

Selebriti kegemaran anda bakal mendedahkan kisah-kisah aneh dan memalukan tentang diri mereka –ada  yang  benar  dan  ada yang  tidak. Dan  tugas  pasukan  lawan  adalah  untuk memastikan  kebenaran  (Betul)  atau  kepalsuan  (Bohong)  kisah  tersebut. Tiap  pasukan  akan mendapat  satu  markah  jika  tekaan  benar  atau  mereka  mungkin  akan  dikenakan  kejutan elektrik oleh pengacara kerana tekaan yang salah.

'Betul ke Bohong? Kuasa 2' edisi khas Aidilfitri di Astro Warna

Untuk menjadikan program ini lebih menarik, rancangan ini telah dilanjutkan menjadi sejam yang penuh dengan jeritan dan kegilaan dengan dua pusingan permainan, seorang selebriti misteri dan sudah tentu denda yang paling dinantikan di mana seluruh pasukan yang kalah terpaksa duduk dan dikenakan kejutan elektrik!

Rancangan  komedi  ini  pasti  menghiburkan  seisi  keluarga dan akan menjanjikan hilai tawa tanpa henti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

'Betul ke Bohong? Kuasa 2' edisi khas Aidilfitri di Astro Warna

PETRA  Entertainment, yang  juga sebahagian daripada divisi media di bawah PETRA Group, terdiri  daripada pasukan berpengalaman  luas dan berbakat  yang fokus dalam menciptakan harta intelektual meliputi siaran berformat tradisional dan bukan tradisional buat tontonan tempatan serta antarabangsa.

“Kami ingin mempersembahkan Betul ke Bohong? Kuasa 2 semasa Hari Raya untuk membawa keriangan  dan  hiburan semasa  perayaan  ini, khasnya kerana  ramai  orang  yang sedang menghadapi saat-saat  sukar sebab tidak dapat melawat ahli keluarga  mereka,” kata Datuk Afdlin Shauki, Ketua Eksekutif  PETRA Media.

“PETRA Entertainment mempunyai  banyak  rancangan untuk bulan-bulan yang akan datang termasuk memberi fokus kepada jenama platform OTT (Over-The-Top/ kandungan program dalam talian) mereka sendiri disamping kandungan dan tajuk-tajuk  lain. PETRA Entertainment juga ingin  menerajui  cara  penyebaran  bentuk  kandungan  baru termasuk Realiti Maya dan Penekanan (Virtual and Augmented Reality),” tambahnya.

'Betul ke Bohong? Kuasa 2' edisi khas Aidilfitri di Astro Warna

Jangan lupa saksikan Betul Ke Bohong Kuasa 2, edisi khas Hari Raya 2021 di saluran 127 dan107 (HD) Astro Warna dari 13 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 jam 5.30 petang.