SHAH ALAM: Peserta Big Stage 2023, Dem Lepakz Boyz dan Firdaus Rahmat harus menerima kenyataan langkah mereka terhenti hanya di minggu separuh akhir.

Penyingkiran malam ini menandakan ada enam peserta yang layak ke minggu akhir untuk merebut gelaran juara program yang sudah masuk edisi kelima.

Antara peserta yang layak adalah, Waode, Nadeera Zaini, Putera Muhammad, Hoondoo, Puteri Khareeza, dan Aufahanie.

Meskipun malam ini persaingan sangat sengit, namun persembahan Nadeera Zaini bersama Khai Bahar berjaya menambat hati juri tetap sekali gus membawa pulang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik.

Bagi tugasan minggu akhir kesemua peserta yang masih kekal akan membawakan dua buah lagu bertemakan Ultimatum dan Battle Mashup.

Peserta Big Stage diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul.

Mereka juga ditemani dua juri jemputan iaitu pelakon, Scha Alyahya (Presiden Netizen), dan pengacara, Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan untuk minggu separuh akhir.

Big Stage 2023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose dan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam serta dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.