awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/07/2023
08:45 MYT
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Firdaus harus menerima hakikat bahawa langkahnya dalam program Big Stage edisi kelima terhenti setakat minggu separuh akhir. Foto: Astro/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Peserta Big Stage 2023, Firdaus Rahmat menerima hakikat bahawa perjalanannya di pentas program itu terhenti setakat pusingan separuh akhir.
Meskipun sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Tewas dengan undian peminat, Firdaus yang juga komposer muzik, memaklumkan bahawa dia mendoakan yang terbaik buat rakan seperjuangannya, Putera Muhammad yang berjaya lolos ke babak akhir.
“Rezeki berpihak kepada Putera, kita doakan yang terbaik, saya doakan dia yang terbaik.
“Saya nak dia dapat apa yang dia nak selama ini. Dia lebih layak dan walaupun saya tersingkir saya yakin rezeki itu Allah dah tetapkan. Mungkin ada yang lebih baik buat saya selepas ini,” kata Firdaus kepada media semasa sidang media konsert separuh akhir Big Stage pada Ahad.
Pada masa sama, Firdaus turut berkongsi bahawa dengan penyertaannya di Big Stage musim kelima ini ia sedikit sebanyak memberi peluang kepada peminat mahupun penonton program itu untuk mengenalinya bukan setakat sebagai seorang penyanyi, malah sebagai komposer dan penulis lirik juga.
"Sebelum ini mungkin orang hanya tahu nama Firdaus Rahmat tapi tak mengenali siapakah orangnya.
"Alhamdulillah, bila saya diberi peluang untuk menyertai Big Stage ini, saya perasan lebih yang sudah mula mengenali nama Firdaus Rahmat bukan sahaja sebagai seorang penyanyi malah sebagai komposer dan penulis lirik juga," tambahnya.
Firdaus juga menyatakan bahawa dia akan hadir dengan buah tangan baharu dalam masa terdekat
Selain Firdaus, peserta yang turut meninggalkan program hiburan tersebut adalah peserta duo, Dem Lepak Boyz.
Topic Berkaitan
#Firdaus Rahmat
#Putera Muhammad
#Big Stage 2023
#hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan