Generasi muda meraih kemenangan besar di anugerah muzik tersohor, Grammy yang bermula pada malam Ahad waktu tempatan.
Billie Eilish, 18, melakar sejarah apabila menjadi artis termuda memenangi kategori Album Terbaik dengan albumnya, ‘When We All Fall Asleep, Where Do We Go?’.
Billie turut mengungguli anugerah dengan kemenangan dalam kategori Artis Baharu Terbaik dan Album Pop Vokal Terbaik untuk album itu serta Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik bagi lagu hitnya, ‘Bad Guy’.
Gadis itu berjaya mengatasi Beyoncé, Ariana Grande, Ed Sheeran dan Taylor Swift dalam kategori Album Pop Vokal Terbaik.
Artis dari Los Angeles itu bertarung dengan Lil Nas X, 20 tahun dengan kedua-duanya dicalonkan dalam enam kategori.
Namun, penyanyi R&B terbaharu Lizzo meraih pencalonan paling banyak iaitu dalam lapan kategori, termasuk Rekod Terbaik dan Persembahan Pop Solo Terbaik.
Ketiga-tiga artis muda itu memeriahkan anugerah dengan persembahan masing-masing - Billie mendendangkan ‘When The Party’s Over’, Lizzo pula dengan Truth Hurts manakala Lil Nas X membawakan persembahan hebat dengan lagu hit ‘Old Town Road’ disertai oleh BTS.
Walau bagaimanapun, disebalik kejayaan dan kemeriahan itu, Grammy turut dibayangi oleh pemergian bintang bola keranjang Kobe Bryant dalam nahas helikopter hanya beberapa jam sebelum acara bermula.
Pengacara, Alicia Keys, meminta agar tetamu senyap seketika bagi memberi penghormatan kepada atlet tersebut diikuti dengan satu persembahan diiringi oleh Boyz II Men untuk memperingati mendiang.
Lokasi Anugerah Grammy turut diadakan di Staples Center yang menjadi arena permainan bola keranjang Kobe sepanjang kariernya bersama Los Angeles Lakers.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Grammy, yang akan dikemas kinikan sepanjang anugerah itu berlangsung:
Album Terbaik
When We All Fall Asleep, Where Do We Go?— Billie Eilish (PEMENANG)
I, I — Bon Iver
Norman F***ing Rockwell! — Lana Del Rey
Thank U, Next — Ariana Grande
I Used To Know Her — H.E.R.
7 — Lil Nas X
Cuz I Love You (Deluxe)— Lizzo
Father Of The Bride — Vampire Weekend
Rekod Terbaik
"Bad Guy" — Billie Eilish (PEMENANG)
"Hey, Ma" — Bon Iver
"7 Rings" — Ariana Grande
"Hard Place" — H.E.R.
"Talk" — Khalid
"Old Town Road" — Lil Nas X Featuring Billy Ray Cyrus
"Truth Hurts" — Lizzo
"Sunflower" — Post Malone & Swae Lee
Lagu Terbaik
"Bad Guy" — Billie Eilish O'Connell & Finneas O'Connell, songwriters (Billie Eilish) (PEMENANG)
"Always Remember Us This Way" — Natalie Hemby, Lady Gaga, Hillary Lindsey & Lori McKenna, songwriters (Lady Gaga)
"Bring My Flowers Now" — Brandi Carlile, Phil Hanseroth, Tim Hanseroth & Tanya Tucker, songwriters (Tanya Tucker)
"Hard Place" — Ruby Amanfu, Sam Ashworth, D. Arcelious Harris. H.E.R. & Rodney Jerkins, songwriters (H.E.R.)
"Lover" — Taylor Swift, songwriter (Taylor Swift)
"Norman F***ing Rockwell" — Jack Antonoff & Lana Del Rey, songwriters (Lana Del Rey)
"Someone You Loved" — Tom Barnes, Lewis Capaldi, Pete Kelleher, Benjamin Kohn & Sam Roman, songwriters (Lewis Capaldi)
"Truth Hurts" — Steven Cheung, Eric Frederic, Melissa Jefferson & Jesse Saint John, songwriters (Lizzo)
Artis Baharu Terbaik
Billie Eilish (PEMENANG)
Lil Nas X
Lizzo
Maggie Rogers
Rosalía
Tank And The Bangas
Yola
Black Pumas
Video Muzik Terbaik
"Old Town Road (Official Movie)" — Lil Nas X & Billy Ray Cyrus; Calmatic, video director; Candice Dragonas, Melissa Larsen & Saul Levitz, video producers (PEMENANG)
"We've Got To Try" — The Chemical Brothers; Ellie Fry, video director; Ninian Doff, video producer
"This Land" — Gary Clark Jr.; Savanah Leaf, video director; Alicia Martinez, video producer
"Cellophane" — FKA twigs; Andrew Thomas Huang, video director; Alex Chamberlain, video producer
"Glad He's Gone" — Tove Lo; Vania Heymann & Gal Muggia, video directors; Natan Schottenfels, video producer
Persembahan Pop Solo Terbaik
"Truth Hurts" — Lizzo (PEMENANG)
"Spirit" — Beyoncé
"Bad Guy" — Billie Eilish
"7 Rings" — Ariana Grande
"You Need To Calm Down" — Taylor Swift
Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik
"Old Town Road" — Lil Nas X Featuring Billy Ray Cyrus (PEMENANG)
"Boyfriend" — Ariana Grande & Social House
"Sucker" — Jonas Brothers
"Sunflower" — Post Malone & Swae Lee
Señorita — Shawn Mendes & Camila Cabello
Album Pop Vokal Terbaik
When We All Fall Asleep, Where Do We Go? — Billie Eilish (PEMENANG)
The Lion King: The Gift — Beyoncé
Thank U, Next — Ariana Grande
No. 6 Collaborations Project — Ed Sheeran
Lover — Taylor Swift
Filem Muzik Terbaik
Homecoming — Beyoncé (PEMENANG)
Remember My Name — David Crosby
Birth Of The Cool — (Miles Davis)
Shangri-La — (Various Artists)
Anima — Thom Yorke
Lagu Rock Terbaik
"This Land" — Gary Clark Jr., songwriter (Gary Clark Jr.) (PEMENANG)
"Fear Inoculum" — Danny Carey, Justin Chancellor, Adam Jones & Maynard James Keenan, songwriters (Tool)
"Give Yourself A Try" — George Daniel, Adam Hann, Matthew Healy & Ross MacDonald, songwriters (The 1975)
"Harmony Hall" — Ezra Koenig, songwriter (Vampire Weekend)
"History Repeats" — Brittany Howard, songwriter (Brittany Howard)
Album Rock Terbaik
Social Cues — Cage The Elephant (PEMENANG)
Amo — Bring Me The Horizon
In The End — The Cranberries
Trauma — I Prevail
Feral Roots — Rival Sons
Album Urban Kontemporari Terbaik
Cuz I Love You (Deluxe) — Lizzo (PEMENANG)
Apollo XXI — Steve Lacy
Overload — Georgia Anne Muldrow
Saturn — NAO
Being Human In Public — Jessie Reyez
Album R&B Terbaik
Ventura — Anderson .Paak (PEMENANG)
1123 — BJ The Chicago Kid
Painted — Lucky Daye
Ella Mai — Ella Mai
Paul — PJ Morton
Album Rap Terbaik
Igor — Tyler, The Creator (PEMENANG)
Revenge Of The Dreamers III — Dreamville
Championships — Meek Mill
I Am > I Was — 21 Savage
The Lost Boy — YBN Cordae
Nailah Huda
Mon Jan 27 2020

Billie Eilish, 18, melakar sejarah apabila menjadi artis termuda memenangi kategori Album Terbaik dengan albumnya, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? - Foto REUTERS
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

Duduk rumah sambil berhibur dengan konsert selebriti dunia dalam One World: Together At Home
Platform pentstriman muzik serantau terkemuka, JOOX Music, membawakan sebuah acara istimewa yang disiarkan dan distrim secara global untuk menyokong perjuangan menentang pandemik COVID-19.

Billie Eilish lakar sejarah jadi pemenang Album Terbaik Grammy termuda
Billie Eilish lakar sejarah menjadi pemenang termuda bagi Anugerah Grammy dalam kategori Album Terbaik.

'Mamba Forever' - Kobe Bryant ibarat adik - Michael Jordan
Kata Michael Jordan dalam satu kenyataan, Kobe diibaratkan sebagai seorang adik kepadanya.

Michelle Obama buat kejutan di Grammy 2019
Michelle Obama mengadakan kemunculan istimewa pada majlis Anugerah Grammy 2019.

Alicia Keys terima pujian hadir ke MTV VMA tanpa solekan
Penyanyi R&B Alicia Keys yang membuat kemunculan karpet merah di anugerah MTV VMA tanpa solekan.

Penampilan #NoMakeUp Alicia Keys
Ramai yang mengakui kecantikan sebenar adalah tanpa secalit solekan, namun realitinya tidak ramai yang berani tampil tanpa bermekap.

Miley Cyrus, Alicia Keys sah juri The Voice musim ke-11
Cyrus dan Keys menggantikan Gwen Stefani dan Pharrell Williams yang bertugas pada musim ke-10.

BlackBerry topik hangat Twitter
Rakyat Malaysia nampaknya teruja dengan penjenamaan semula terbaru RIM yang sekarang dikenali sebagai BlackBerry dan telefon pintar yang dilancarkan.

Alicia Keys, pengarah kreatif global Blackberry
Penyanyi Alicia Keys semalam dinamakan sebagai pengarah kreatif global Blackberry, dahulunya dikenali sebagai RIM.

Anugerah World Music ditunda
Majlis "Anugerah World Music" sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ditunda pada saat-saat akhir.