awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Billy Kid tampil dengan The Magic of Science

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2013
12:30 MYT
Billy Kid tampil dengan The Magic of Science
Dunia silap mata adalah laman permainan bagi lelaki namun apabila seorang wanita muda tampil di hadapan khalayak ramai, maka akan banyaklah mata yang memandang dan menonton.
Billy Kid adalah seorang wanita muda yang bersemangat dan telah jatuh cinta dengan seni silap mata dengan begitu cepat. Kini, beliau akan muncul dengan membintangi sebuah program terbaru dari Discovery Channel, “The Magic of Science”.
Billy yang sebelum ini pernah menceburi bidang lakonan, teater dan juga tarian berkata silap mata yang cuba ditonjolkan oleh beliau kali ini agak mengejutkan, nakal dan menyeronokkan.
Beliau mendapat inspirasi dari beberapa ahli silap mata seperti Paul Harris, dan Gazzo berkata menjadi ahli silap mata wanita adakalanya menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai namun tiada apa yang dapat menghalang keinginan wanita ini unutk berbuat demikian.
Dari gaya perwatakan beliau, jelaslah beliau seorang yang peramah, tidak takutkan cabaran dan sentiasa mahu melakukan sesuatu yang mampu mencabar diri.
Antara persembahan silap mata beliau termasuklah meletakkan ais dalam api yang membara tanpa mencairkannya dan beliau mengakui sangat sukakan silap mata melibatkan daun terup.
Beliau kini sibuk sedang membuat jelajah dunia termasuk Singapura, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Kanada, “Magic of Science” akan mula bersiaran di Malaysia pada bulan Mac di saluran Discovery Channel.
Topic Berkaitan
#"The Magic of Science"
#Billy Kid
#Discovery Channel
#silap mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan