awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang 'Charmed', Shannen Doherty, meninggal dunia

Agensi
Agensi
14/07/2024
13:58 MYT
Bintang 'Charmed', Shannen Doherty, meninggal dunia
Pada 2017, Doherty memaklumkan gejala kansernya mula berkurangan namun pada 2019, kanser itu kembali.
PELAKON Shannen Doherty meninggal dunia akibat kanser pada usia 53 tahun.
Perkara itu disahkan pengurus publisitinya, Leslie Sloane, pada Ahad.
"Dengan berat hati saya mengesahkan pelakon Shannen Doherty telah meninggal dunia. Pada Sabtu, 13 Julai, dia tewas dalam pertempurannya dengan penyakit kanser yang dideritai selama bertahun-tahun.
"Dia menghembuskan nafas terakhir dikelilingi orang tersayang serta anjingnya, Bowie. Keluarga meminta mereka diberi privasi pada masa ini," kata Sloane dalam satu kenyataan eksklusif kepada majalah People.
Selepas didiagnosis menghidap kanser payudara pada tahun 2015, Doherty menjalani pembedahan mastektomi serta menjalani kemoterapi dan radiasi.
Pada 2017, Doherty memaklumkan gejala kansernya mula berkurangan namun pada 2019, kanser itu kembali.
Kerjaya Doherty bermula pada tahun 1982 sebagai pelakon kanak-kanak.
Kerjaya lakonannya semakin berkembang menerusi peranan sebagai watak utama dalam siri Beverly Hills: 90210 dan Charmed. Sepanjang 42 tahun dalam industri, Doherty telah membintangi hampir 20 filem dan 40 siri televisyen.
Topic Berkaitan
#Shannen Doherty
#pelakon
#charmed
#kanser
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan