PELAKON Squid Game, Jung Ho-yeon kini menjadi pelakon wanita Korea dengan pengikut paling ramai di Instagram, dengan lebih 13 juta pengikut.
Sebelum Squid Game menjadi buah mulut peminat pertengahan September lalu, Jung hanya mempunyai 400,000 pengikut.
Jung mengatasi pelakon Lee Sung-kyung, yang sebelumnya memegang gelaran itu dengan 12.9 juta pengikut, dan Song Hye-kyo yang mempunyai 12 juta pengikut.
Dalam satu temu bual dengan Herald Pop baru-baru ini, dia yang juga seorang model menyifatkan pertambahan pengikut itu satu bentuk penghargaan buat hasil kerjanya.
"Pada mulanya, saya sangat terkejut. Setiap kali saya buka aplikasi Instagram, saya dapati jumlahnya bertambah.
"Saya fikir ia terjemahan penghargaan orang ramai terhadap Squid Game, dan saya bersyukur.
"Memikirkan begitu ramai yang memberikan saya sokongan, ia membuatkan saya semakin bersemangat," ujarnya.
Membuat kemunculan pertama sebagai pelakon, Jung berterima kasih dengan kepercayaan dan peluang yang diberikan kepadanya.
"Lakonan saya masih banyak kekurangan. Tetapi saya beruntung kerana dikelilingi pelakon dan kru yang bagus, secara tidak langsung ia mempengaruhi tahap lakonan saya," tambahnya.
Agensi
Mon Oct 04 2021
Sebelum Squid Game menjadi buah mulut peminat pertengahan September lalu, Jung hanya mempunyai 400,000 pengikut. - Instagram/hoooooyeony
Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta untuk bantuan musim tengkujuh - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.
Astro lancar kempen 'Astro's Big Thank You' sebagai tanda penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, melancarkan kempen terbesar baharu ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia dengan menawarkan pelbagai ganjaran menarik.
14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 dis
Empat belas wilayah di selatan Thailand sudah diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat, limpahan air, dan banjir berpanjangan antara esok hingga Khamis ini.
Agenda AWANI: Pemerdagangan orang | Jenayah penipuan pekerjaan di luar negara
Apakah usaha signifikan dalam penguatkuasaan membendung jenayah pemerdagangan orang dalam penipuan pekerjaan di luar negara? Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Waspada, kekal cakna ancaman mpox menjelang musim cuti akhir tahun - Pakar
Menjelang musim cuti akhir tahun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat kebimbangan kesihatan termasuk yang berkaitan penyakit Mpox.
Perkembangan banjir di seluruh negara
Perincian data daripada info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat diperjelaskan penyampai Astro AWANI, Jasmine Abu Bakar.
Persediaan gelombang baharu
Situasi banjir terus menjadi perhatian, khususnya di kawasan pantai timur, termasuk Pasir Puteh, Kelantan, yang kini bersedia menghadapi kemungkinan gelombang baharu.
Hasimi Muhamad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhamad, Wartawan Astro AWANI
Wanita Indonesia yang terlepas hukuman mati di Arab Saudi, pulang ke tanah air
Selepas bertahun-tahun usaha diplomatik yang diketuai kementerian dan Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah, hukuman wanita itu dikurangkan.
Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia
Anugerah itu disampaikan Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini.
Thailand gesa Myanmar segerakan pembebasan empat warganya dan kapal
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Timur telah memanggil Duta Myanmar ke Thailand hari ini untuk membincangkan perkara itu.
Bintang Squid Game, Jung Ho-yeon kini aktres Korea dengan pengikut paling ramai di Instagram
Sebelum Squid Game menjadi buah mulut peminat pertengahan September lalu, Jung hanya mempunyai 400,000 pengikut.